Ramai juga pempengaruh dari negara jiran yang datang ke Malaysia kerana mahu menjadi pembeli terawal siri iPhone 17 baharu dan memberikan ulasan.
Lain orang, lain caranya dalam menarik perhatian orang untuk menonton video yang dimuat naik di media sosial.
Namun, seorang reviewer dari Indonesia telah dikecam teruk oleh netizen dari negaranya sendiri malahan di Malaysia juga apabila memperlakukan perkara tidak beretika sewaktu membuat video unboxing Apple Store bersebelahan taman TRX.
Di dalam video itu, dia dilihat baru mendapatkan peranti iPhone 17 Pro berwarna Cosmis Orange dan langsung membuat video menyah kotak sebaik mendapatkan dari kedai rasmi Apple di TRX.
Dengan selambanya, dia membuang sampah sarap seperti kotak iPhone, kerangka dan juga pelindung skrin dari sebuah jenama yang dipercayai telah ditaja untuk tujuan promosi.
@juanrichd Wajib punya kalau udah pakai iPhone 17 Series deh!👌🏻
Tindakan itu langsung menjadi sensasi malahan mendapat pelbagai respon negatif dari netizen menerusi pelbagai platform media sosial kerana tidak berpuas hati kerana mencemari kawasan taman tersebut demi sebuah konten.


Walaupun dia mendakwa sudah membersihkan semula, ramai percaya perlakuan yang dipamerkan itu boleh jadi contoh tidak baik kepada orang lain apatah lagi kanak-kanak yang menonton kontennya.