Sejak kempen #SubuhmacamJumaat menjadi ikutan anak muda, ternyata makin ramai individu hadir mula menghadiri masjid untuk menjalankan ibadah solat secara berjemaah.

Bagaimanapun, melalui satu hantaran di platform X, seorang individu tampil meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pilihan surah oleh imam sewaktu  mengetuai waktu solat Subuh.

Baca Juga:

Menurutnya, surah yang menjadi pilihan imam terlalu panjang walhal makmum pula terpaksa berlumba-lumba dengan masa untuk tiba ke pejabat awal sebelum aliran trafik menjadi sesak.

“Hari itu ada baca perkongsian seorang ini tentang solat ‘Subuh macam Jumaat’. Katanya bacaan imam panjang sangat. Kebanyakkan orang terkejar-kejar nak pergi kerja.

“Kalau begini rupanya, lama-kelamaan orang tidak dapat selalu hadir meramaikan solat Subuh berjemaah di masjid, kalau boleh pun mungkin waktu hujung minggu.

“Aku setuju dengan pendapatnya dan aku perhatikan ramai yang lain turut merasakan perkara yang sama,” kata seorang pengguna lain yang menyokong kenyataan yang dilontarkan.

Kenyataan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet yang mana masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal tersebut.

Sebahagian ada yang menyokong kenyataan tersebut kerana pembacaan surah yang terlalu panjang sedikit sebanyak mengganggu urusan seharian di awal pagi.

“Sebenarnya imam pun kena tengok demografi makmumnya sendiri. Kalau makmumnya ramai dari kalangan orang bekerja ataupun warga emas yang dah tua, tak perlu baca surah panjang.

“Lagipun kalau solat fardu tak perlu pun baca surah yang panjang. Kalau solat sunat sendirian, bolehlah,” luah seorang pengguna.

“Baca surah panjang. Khutbah panjang berjela-jela. Imam kata Malaysia banyak syok sendiri agaknya,” ujar seorang pengguna lagi.

“Yang ni setuju, dalam fiqih jadi imam kena tengok makmum apa semua dan kena fikir ni dulu kalau boleh ringkaskan bacaan.

“Nak baca surah dlm Al-Quran macam Al-Maidah ke Ar-Raad ke atleast amik 3-4 potong ayat dah cukup. Kalau Subuh Jumaat disunatkan baca As-Sajdah/Al-insan ni full agak panjang sikit”, komen pengguna lain berhubung pemilihan surah mengikut kesesuaian.

Sementara sebahagian lain pula berpendapat pembacaan surah yang panjang bukanlah isu yang perlu diperbesarkan kerana hal ibadat sepatutnya dilakukan dengan ikhlas tanpa perlu merungut.