Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin banyak rumah flat dibongkar netizen setelah mendapati segelintir pengguna rumah ini yang dengan sewenang-wenangnya ‘meluaskan’ kawasan rumah tanpa kebenaran.

Lebih membuat para orang ramai berang, terdapat warga rumah flat yang sanggup mengambil tanah hak milik kerajaan atau individu lain semata-mata untuk membesarkan rumah.

Baca Juga:

Situasi ini sekali lagi berlaku menerusi perkongsian Twitter @malaysiaviralll di sebuah flat Muhibbu Al-Arabi yang bertempat di Bukit Kuchai.

Menerusi video yang dikongsikan, pemilik rumah ini bukan sahaja ‘extend’ rumah daripada pintu keluar asal, malah tanpa rasa bersalah sanggup kurung paip air pengguna flat yang lain.

Video tersebut turut menyaksikan perakam cuba memanggil tuan rumah tanpa gagal dikesan.

Menyusahkan pengguna flat yang lain, para netizen turut meluahkan rasa berang melihat kepada tindakan pemilik rumah ini yang seolah penting diri sendiri untuk membesarkan rumah tanpa memikirkan pengguna lain.

Sumber: Twitter @malaysiaviralll
Sumber: Twitter @malaysiaviralll

Sehubungan dengan itu, orang ramai mahukan video yang tular ini mendapat perhatian pihak PBT di mana tindakan tegas akan diambil kepada pemilik rumah flat di Bukit Kuchai ini.