Dalam hidup ini setiap orang mempunyai tahap kewangan yang berbeza-beza. Selalunya apabila dalam keadaan ‘terdesak’, ramai yang ‘terjerat kewangan’ sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Seorang perunding kewangan, Amin Fuzi berkongsi terdapat 5 kesilapan kewangan yang orang Malaysia selalu buat.
Baca Juga:
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Tanpa sedar kesilapan-kesilapan yang nampak kecil itu memberikan implikasi kewangan seseorang sampai menjerat diri sendiri.
1. Buat Pinjaman Untuk Bisnes/Pelaburan/Kahwin/Bercuti
Pinjaman yang dibuat perkara-perkara di atas langsung boleh memberikan kesan jangka panjang.
Memandangkan bisnes dan pelaburan mempunyai ‘turun-naiknya’, jadi adalah lebih baik bermula dengan zero-cost untuk mengurangkan risiko kerugian.
Sementara pinjaman dibuat untuk berkahwin, boleh menyebabkan berlaku keretakan rumah tangga sekiranya pinjaman gagal dibayar — nampak gah sehari, merana sepanjang hidup.
Manakala membuat loan untuk bercuti pula, Amin menjelaskan memang ada pihak yang berbuat sedemikian semata-mata mahu nampak satu level dengan orang lain. Sekiranya kewangan tidak mencukupi, adalah lebih baik pergi staycation di hotel-hotel berdekatan kawasan rumah.
2. Buat Keputusan Kewangan Dengan Salah Orang
Amin menyarankan bagi individu yang belum lagi berkahwin, usahlah membuat keputusan kewangan dengan teman lelaki/teman wanita/tunang.
Seperti contoh pada zaman sekarang ada sesetengah couple yang memberikan nafkah kepada pasangan masing-masing. Walhal itu bukan satu keperluan — usah melebih-lebih seperti sudah menjadi pasangan yang sah.
Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
3. Beli Barang Mewah Sampai Ikat Perut Setiap Bulan
Ramai orang sanggup beli barangan mewah sampai terpaksa ikat perut setiap bulan kerana baki wang yang tinggal hanyalah ratusan ringgit sahaja.
Sebagai contoh, ramai yang beli kereta baharu melebihi tangga gaji. Amin mencadangkan untuk mendapatkan kereta second hand yang berbaloi dan berpatutan terlebih dahulu.
Apabila wang mencukupi, bolehlah pertimbang untuk beli kereta baharu.
4. Terpengaruh Cakap Orang Untuk Sewa Atau Beli Rumah
Amin menjelaskan sewa atau beli rumah merupakan perkara subjektif buat seseorang. Hanya individu tersebut sahaja yang tahu kewangannya kukuh atau tidak untuk komitmen beli rumah.
Jelas beliau, jangan biar orang lain mempengaruhi dalam keputusan pembelian rumah. Pada masa sama tidak salah untuk tinggal di rumah sewa.
Menurutnya membeli rumah tidak ‘semudah’ beli kereta. Andaikata tidak mampu membayar bulanan rumah, bimbang diri sendiri terpaksa tinggal di dalam kereta pula.
5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
5. Buat Pinjaman Atau Jadi Penjamin Untuk Orang Lain
Apabila membuat pinjaman atau penjamin untuk orang lain, kita dipertanggungjawabkan untuk membayar pinjaman tersebut sekiranya mereka gagal membuat bayaran.
Amin berkata individu yang memerlukan penjamin adalah orang yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh — jadi usahlah merisikokan diri sendiri, lebih-lebih lagi untuk orang yang tidak rapat.
Setiap orang perlu cakna dengan status kewangan masing-masing. Ini supaya agar kita tidak menyesal dan merana di kemudian hari gara-gara terjerat dengan kesilapan kewangan yang tidak sepatut dibuat.
Anda boleh dapatkan lebih banyak tips kewangan menerusi thevocket.com/caknaduit.