Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksinasi lengkap.
Menurut Muhyiddin Yassin, setiap keputusan kemudahan yang diberikan kepada individu terima vaksinasi lengkap dibuat dengan sangat berhati-hati.
Dalam pengumuman tadi, antara yang menarik perhatian netizen adalah aktiviti rentas daerah dibenarkan, makan ‘dine-in’ juga dibenarkan jika lengkap vaksinasi. Dine-in juga dibenarkan bagi anak-anak bawah 17 tahun bersama ibu bapa. Namun kemudahan ini hanyalah untuk penerima dua dos vaksin di negeri-negeri Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dan ke atas sahaja.
Seperti diumumkan PM @MuhyiddinYassin, Kerajaan telah menetapkan beberapa kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap yang mana ia akan berkuatkuasa bermula 10 Ogos ini. Kemudahan-kemudahan tersebut berkaitan Kuarantin & Perjalanan; Sektor Sosial; dan Keagamaan. pic.twitter.com/IyaLwRf2XM
— 🇲🇾 Pejabat MK Pertahanan (@MKPertahanan) August 8, 2021
Status Fasa PPN mengikut Negeri-Negeri:
Fasa 1:
Kedah, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Johor, KL & PutrajayaFasa 2:
Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Penang & SabahFasa 3:
Perlis, Sarawak & Labuan— Hakim Rahman (@AHakimRahman) August 8, 2021
Selain itu, aktiviti solat sahaja juga dibenarkan di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksin lengkap. Penganut bukan Islam juga dibenarkan menghadiri rumah ibadat.
Namun, setiap penerima vaksin perlu melepasi 14 hari daripada tarikh suntikan dos kedua (Pfizer, AztraZeneca dan Sinovac) dan 28 hari untuk vaksin satu dos (Johnson & Johnson dan CanSino). Perincian tentang pengumuman Perdana Menteri hari ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.
Ini beberapa artikel lain berkaitan vaksin. Baca lagi pada pautan di bawah.
Warga Lembah Klang Hampir 100% Sudah Menerima Vaksin Dos Pertama
Pendaftaran Vaksin Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Dan Ke Atas Dibuka Menerusi Aplikasi MySejahtera
Kenali Sarah Gilbert, Pembuat Vaksin AstraZeneca Yang Menolak Untung Jutaan Dolar