Indonesia dan Malaysia adalah dua negara tetangga yang sering membandingkan antara satu sama lain. Dari soal budaya, hasil seni, politik sehinggalah ke perkara asas, seperti petrol.

Dalam satu perkongsian di Big Alpha, sebuah media tempatan Indonesia, mereka membandingkan mengapa harga petrol di Malaysia mampu jauh lebih murah dibandingkan dengan Malaysia.

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, harga petrol Ron 95 di Malaysia adalah RM2.05 untuk 1 liter, manakala di Indonesia untuk Ron 90 harganya adalah Rp10,000/liter atau sekitar RM3.06.

Selain itu, antara faktor yang menyumbang kepada perbezaan harga yang tinggi ini adalah disebabkan oleh Malaysia adalah negara pengeksport minyak, manakala Indonesia pula negara pengimport minyak.

Tambahan pula, kos untuk pengedaran minyak jauh lebih tinggi di Indonesia kerana geografi negara tersebut yang terdiri daripada kepulauan ditambah pula dengan kenderaan dengan jumlah yang jauh lebih tinggi dengan Malaysia.

Terakhir, subsidi minyak di Malaysia juga jauh lebih tinggi iaitu RM81 bilion berbanding Indonesia yang hanya membelanjakan sekitar RM29 bilion sahaja.

Di bahagian komen, rata-rata netizen Indonesia mengakui bahawa Malaysia adalah antara negara maju dengan kualiti syarikat pengurusan minyak tempatan yang baik.

Selain itu, mereka juga mengakui bahawa Malaysia jauh meninggalkan Indonesia dalam inovasi global.