Indonesia dan Thailand menghasilkan aksi dramatik dalam final Piala ASEAN FIFA 2026 apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 116 minit di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Indonesia terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-84 menerusi Dean James. Sepakan percuma pemain pertahanan itu gagal diselamatkan penjaga gol Thailand, Saranon Anuin.

Thailand bagaimanapun bangkit pada penghujung separuh masa kedua apabila Iklas Sanron menyamakan kedudukan untuk menjadikan permainan 1-1 selepas 90 minit.

Perlawanan kemudian memasuki masa tambahan.

Indonesia dilihat lebih dominan selepas Thailand terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan kad kuning kedua yang diterima Nicholas Mickelson. Namun, kelebihan jumlah pemain gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh tuan rumah.

Thailand kemudian melakukan kejutan pada minit ke-111 apabila Peeradol Chamrasamee meletakkan pasukan pelawat di hadapan 2-1 menerusi satu serangan balas pantas.

Lebih dramatik, Elkan Baggott menebus kesilapannya yang membawa kepada gol kedua Thailand dengan menjaringkan gol penyamaan lima minit kemudian.

Baggott menyambar bola muntah selepas Anuin menepis hantaran Ridho untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-116.

Kedua-dua pasukan kini berdepan detik penentuan dalam beberapa minit terakhir masa tambahan. Jika masih terikat, final Piala ASEAN FIFA 2026 akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada penentuan penalti, Indonesia berjaya menang 4-2. Sekaligus mengesahkan kejuaraan Piala ASEAN FIFA 2026 milik pasukan terbaik Asia Tenggara, Indonesia.