Kerajaan Indonesia kekal dengan pendirian mereka iaitu melarang penjualan siri iPhone 16 di meskipun Apple sedia untuk melabur sebanyak sebanyak AS$1 bilion (RM4.49 bilion) di negara itu.
Pada Oktober lalu, Indonesia melarang pemasaran dan penjualan model iPhone 16 kerana kegagalan Apple memenuhi peraturan pelaburan tempatan yang memerlukan 40 peratus telefon dibuat dari bahan dari negara itu.
Baca Juga:
- Didakwa Masih Tak Cukup, Apple Perlu Tambah Pelaburan RM4.4 Bilion Di Indonesia
- Gadis Mahu Sewa iPhone 16 Selama 3 Hari Untuk ‘Flex’ Dikecam Ramai
- ‘Dah Macam Beli iPhone’ – Tawaran Pakej Nikah Dulu Bayar Kemudian Di Thailand Raih Perhatian
Menteri Pelaburan, Rosan Roeslani memberitahu bahawa Apple berjanji untuk melabur sebanyak AS$1 bilion bagi membina kilang yang menghasilkan AirTag di Pulau Batam, yang dijangka membekalkan 65 peratus daripada bekalan global.
Akan tetapi, cadangan yang dibawa oleh Apple itu ditolak oleh kerajaan tempatan dalam satu pertemuan yang diadakan oleh kedua-dua pihak baru-baru ini.
“AirTag ialah aksesori, bukan komponen atau sebahagian daripada gajet,” kata Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmita.
Tambah Agus, pihaknya setakat ini tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengeluarkan sijil peringkat komponen domestik bagi produk Apple khususnya iPhone 16.
“Jika Apple ingin menjual iPhone 16 secepat mungkin, keputusan berada di tangan mereka, sila balas cadangan balas kami dengan segera,” katanya.
Apple sebelum ini menawarkan untuk meningkatkan pelaburannya di Indonesia sebanyak AS$100 juta untuk menarik balik larangan jualan iPhone 16, tetapi kerajaan Indonesia menolak cadangan itu pada November.
Meskipun begitu, kerajaan Indonesia masih membenarkan siri iPhone 16 dibawa masuk ke Indonesia, jika ia tidak jual secara komersial.
Kerajaan menganggarkan kira-kira 9,000 unit model baharu itu telah memasuki negara dengan cara tersebut.
Sebelum ini, Indonesia mengharamkan penjualan telefon Google Pixel kerana gagal memenuhi keperluan alat ganti 40 peratus. Namun, kira-kira 22,000 telefon Google Pixel memasuki negara itu tahun lepas secara haram