Ketika Malaysia masih menanti pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024, negara jiran iaitu Indonesia sudah pun meraih dua pingat emas menerusi sukan memanjat dan angkat berat.

Kedua-dua emas tersebut merupakan kejayaan pertama Indonesia meraih podium tertinggi di Olimpik menerusi sukan lain tanpa bergantung pada badminton yang seringkali menjadi penyumbang pingat terbesar.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Lagu Indonesia Raya berkumandang di bumi Paris buat kali kedua semalam selepas atlet angkat berat, Rizki Juniansyah berjaya memenangi pingat emas bagi kategori 73kg.

Rizki berjaya melakukan angkatan 354kg hasil angkatan 155kg bagi ‘snatch’ dan 199kg bagi disiplin ‘clean and jerk’ sekaligus memecahkan rekod Olimpik dan memenangi pingat emas di hadapan badang Thailand dan Bulgaria.

Sebelum itu, Indonesia menerima berita gembira apabila Veddriq Leonardo memenangi acara ‘speed climbing’ dengan menewaskan lawan dari China Wu Peng yang hanya dipisahkan 0.02 saat.

Hanya Indonesia dan Filipina dari negara Asia Tenggara yang mengutip 2 pingat emas manakala Thailand baru sahaja mengumpulkan satu pingat emas setakat ini.

Berdasarkan jumlah keseluruhan pungutan pingat, Filipina berada di kedudukan 26 dengan dua emas serta dua gangsa manakala Indonesia menduduki tangga ke-28 dengan dua emas dan satu gangsa.

Thailand berada di kedudukan 32 dengan jumlah keseluruhan 6 pingat iaitu satu emas, tiga perak dan dua gangsa. Malaysia pula berada di tangga ke 76 dengan mengutip dua pingat gangsa.