Skuad Indonesia B-17 Tahun berjaya mengesahkan kemaraan ke temasya Piala Dunia B-17 Tahun yang akan diadakan di Qatar pada November ini.

Selepas mencipta kejutan dengan menewaskan Korea Selatan dalam aksi kumpulan C, skuad Garuda turun menentang Yemen pada aksi berikutnya.

Baca Juga:

Skuad bimbingan Nova Arianto tidak melepaskan peluang dimana mereka mencatat kemenangan dengan keputusan 4-1 sekaligus meraih kemenangan kedua.

Indonesia
Sumber Gambar: Timnas Indonesia

Indonesia Layak Ke Piala Dunia Secara Merit

Saingan Piala Asia B-17 Tahun dijadikan sebagai aksi kelayakan bagi Zon Asia untuk mendapat tempat dalam temasya Piala Dunia.

Kemenangan ke atas Yemen memastikan skuad Garuda layak ke peringkat suku akhir dan mana-mana pasukan yang berjaya melepasi peringkat kumpulan akan layak secara automatik.

Pada edisi 2023, negara jiran itu layak ke temasya Piala Dunia ekoran menjadi tuan rumah namun mereka hanya sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Indonesia
Soccer Football – World Cup – AFC Qualifiers – Third Round – Group C – Indonesia v Bahrain – Gelora Bung Karno Complex, Jakarta, Indonesia – March 25, 2025 Indonesia’s Ole Romeny celebrates scoring their first goal with Ragnar Oratmangoen and Marselino Ferdinan REUTERS/Ajeng Dinar Ulfiana

Selain pasukan bawah umur, skuad senior negara itu yang dibimbing oleh Patrick Kluivert juga sedang memburu slot ke Piala Dunia.

Selepas menewaskan Bahrain dalam aksi kelayakan di Stadium Gelora Bung Karno baru-baru ini, skuad Garuda kembali menghidupkan peluang untuk layak ke Piala Dunia.

Skuad Garuda kini menduduki tangga ketiga dalam kumpulan C dimana mereka masih mempunyai peluang untuk merampas kedudukan kedua dan layak secara automatik.