Pemain pertahanan Indonesia, Justin Hubner menganggap negara itu patut menduduki tangga pertama dalam kategori negara yang gilakan sukan bola sepak.
Baru-baru ini, laman seasiagoal mengeluarkan ranking negara yang gilakan bola sepak dan England menduduki tempat pertama diikuti Sepanyol di tempat kedua dan Jerman di tempat ketiga.
Baca Juga:
- Justin Hubner Anggap Malaysia Tidak Setaraf Dengan Indonesia
- Justin Hubner: Indonesia Pasukan Yang Sangat Kuat, Ada Peluang Di Piala Asia 2023
- Justin Hubner Pemain Indonesia Pertama Beraksi Di EPL
Indonesia jauh ketinggalan dimana mereka menduduki tangga ke-15 dibelakang tiga lagi negara Asia iaitu Arab Saudi (10), Qatar (12) dan Korea Selatan (14).
Justin Hubner dilihat kurang bersetuju dengan senarai ini dimana pemain Cerezo Osaka itu berpendapat Indonesia sepatutnya menjadi nombor satu.
Bola sepak Indonesia sentiasa diwarnai dengan kekecohan khususnya di kelangan penyokong dimana beberapa kejadian mengakibatkan peminat meninggal dunia.
Baru-baru ini, ketika Persib Bandung menghadapi seteru utama iaitu Persija Jakarta, terjadi kekecohan di dalam stadium dimana ada segelintir penyokong memukul penjaga stadium yang bertugas dalam perlawanan itu.
Menurut perkongsian media negara itu, kekecohan berpunca dari sekumpulan penyokong yang tidak berpuas hati dengan tindakan penjaga stadium yang melakukan pelecehan terhadap penyokong ketika aksi menentang Port FC dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2 minggu lalu.
Tindakan ini mendapat kecaman dari ramai pihak khususnya pengelola liga dimana mereka kecewa kerana ada penyokong yang sanggup untuk mencetuskan kekecohan dan memukul penjaga stadium.
Pada 2022, dunia dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan ketika perlawanan antara Arema menentang Persebaya Surabaya.
Seramai 135 penyokong meninggal dunia dan lebih 500 penyokong yang lain mengalami kecederaan ekoran terperangkap dalam timbunan manusia yang cuba melarikan diri selepas polis menembak gas pemedih mata ke tempat duduk penyokong.
Ketika skuad kebangsaan mereka menampilkan prestasi cemerlang, liga domestik pula sebaliknya dimana sering diwarnai dengan kejadian tidak diingini dan selalu berulang setiap tahun.