Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu kenyataan semalam mengumumkan telah menandatangani surat hasrat untuk berbincang dan mempertimbangkan keputusan menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Mereka hasrat menjadi penganjur bersama temasya Piala Dunia bawah umur 20 tahun (U-20) pada 2025 dan bawah umur 17 tahun (U-17) antara 2025 hingga 2029.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo turut menyokong langkah untuk menjadi tuan rumah bersama dan pihaknya sedia menghantar bidaan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Saya telah memerintahkan kepada PSSI dan Kementerian Belia & Sukan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 di tahun 2025 dan B-17 untuk tahun 2025-2029 bersama-sama dengan Singapura.

“Saya yakin Indonesia dan Singapura akan dapat jadi tuan rumah yang baik untuk kedua kejohanan itu. Declaration of interest  sudah ditandatangani oleh PSSI dan oleh Football Association of Singapore [FAS], semuanya sudah,” ujar Jokowi.

Rundingan Singapura bersama Indonesia berlaku setelah pengumuman daripada presiden PSSI, Erick Thohir pada Oktober, yang menyatakan hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 bersama Australia, Malaysia dan Singapura.

Edisi 2023 B-17 telah diadakan di empat stadium di Indonesia dan baru berakhir pada 2 Disember lalu dengan Jerman muncul sebagai juara selepas menewaskan Perancis.

Kali terakhir pasukan bola sepak Singapura beraksi dalam piala berprofil tinggi ialah di Sukan Olimpik Belia yang julung-julung kali diadakan pada 2010.

Piala Dunia FIFA B-17 – yang akan menjadi perlawanan tahunan mulai 2025 – dan Piala Dunia FIFA B-20, yang dijalankan setiap dua tahun, bertujuan memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsa.

Antara bintang terkemuka dunia yang pernah beraksi dalam Piala Dunia B-17 adalah seperti Ronaldinho, Henry, Michael Owen, Phil Foden, Victor Osimhen.

Diego Maradona, Messi dan Paul Pogba pernah memenangi pemain terbaik dalam Piala Dunia U-20.