Pada tahun 2024, sudah dilaporkan berkaitan peningkatan harga pelan perlindungan perubatan susulan atas pelbagai faktor seperti kenaikan kos rawatan perubatan, teknologi penjagaan kesihatan termaju dan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang meningkat.

Jadi, tidak hairanlah jika paras keuntungan syarikat insurans dan penyedia takaful di Malaysia secara pura

insurans
Sumber Gambar: NC Health info

tanya mampu mencapai RM4.4 bilion setahun bermula antara tahun 2018 hingga 2023.

Memetik laman Rnggt, maklumat ini didedahkan ketika sidang parlimen minggu lalu jelas mempamerkan tekanan kos yang lebih mahal perlu ditanggung oleh pengguna khususnya pemegang polisi yang membayar bulanan perlindungan produk kesihatan mereka.

Ambil maklum perihal tersebut, Bank Negara Malaysia (BNM) pada akhir tahun lalu telah menyediakan beberapa langkah sementara untuk melindungi hak pengguna di luar sana.

Timbalan Kewangan Amir Hamzah memberi jaminan kadar premium insurans tidak akan meningkat melebihi 10% ke atas 80% pemegang polisi di Malaysia.

Sementara pemegang polisi yang berusia 60 tahun ke atas pula akan dikecualikan daripada pelarasan naik kadar premium polisi tersebut selama 1 tahun.

Secara menyeluruh semua ITO harus menyediakan pilihan produk insurans perubatan alternatif yang bersesuaian dengan kemampuan pemegang polisi.

Oleh itu, para pemegang polisi insurans boleh mencari pilihan penawaran produk yang memadai tanpa membebankan komitmen mereka di pasaran hadapan kelak.