Sekarang merupakan musim kering di Indonesia. Untuk sesetengah tempat di Indonesia, ia bermakna sekarang adalah masanya untuk membersihkan lebih banyak tanah hutan untuk aktiviti perladangan kelapa sawit – dengan menggunakan api. Beberapa hari kebelakangan ini menyaksikan sebahagian besar Sumatra dilitupi asap sehingga memberi kesan kepada negara jiran seperti Singapura dan Malaysia. Asap jerebu ini juga telah menyebabkan penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan, serta masalah kesihatan.

Di bandar-bandar Sumatera seperti Palembang, ramai beralih kepada media sosial untuk melahirkan kekecewaan mereka. Sebagai contoh, sekumpulan kartunis – diikuti oleh rakyat Indonesia yang lain – menggunakan hashtag #masihmelawanasap di Instagram dan Twitter untuk berkongsi komen, gambar-gambar jalanan dan ilustrasi.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

https://instagram.com/p/7ULccvtIOF/

https://instagram.com/p/7UI2sdNIJx/

https://twitter.com/Sibujang2014/status/639986353296424960/photo/1?ref_src=twsrc^tfw

Baru-baru ini, sebuah dana pelaburan Norway berjumlah $871 bilion mengeluarkan empat buah syarikat Asia daripada portfolio pelaburannya, dengan menyatakan, kerosakan alam sekitar disebabkan penukaran kegunaan hutan hujan kepada ladang kelapa sawit di Indonesia dan Malaysia.

Masalahnya ialah ekonomi. Nilai tanah yang ditanam dengan kelapa sawit, naik dua kali ganda berbanding  tanah yang hanya dibersihkan oleh api. Tanah yang dibersihkan oleh api pula adalah lebih berharga daripada tanah hutan.

Minyak kelapa sawit adalah bahan yang digunakan secara meluas dalam makanan yang diproses dan barangan lain yang boleh didapati di kedai runcit. Sabun , marjerin, mentega kacang, biskut, ais krim, gincu, dan ubat gigi adalah sebahagian daripada barangan yang menggunakan minyak kelapa sawit. Minyak kelapa sawit juga merupakan bahan mentah penting bagi penghasilan biofuel. Permintaan minyak kelapa sawit yang tidak pernah putus-putus mewujudkan keadaan ekonomi yang menyebabkan pembukaan tanah-tanah untuk menanam kelapa sawit dalam skala yang besar.

BACA: 561 Kilogram Ganja Dibakar Secara Terbuka Boleh Bikin Orang “High”

kelapa-sawit-01

Ini bermakna, setiap musim kering, pada setiap tahun, tanah gambut dan hutan dibakar untuk memberi laluan kepada penghasilan minyak kelapa sawit.

kelapa-sawit-02

kelapa-sawit-03

Pada 5 September, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengadakan mesyarat tertutup di Jakarta dengan kementerian-kementerian untuk mencari solusi jangka masa panjang terhadap masalah ini.

BACA: Apa Yang Berlaku Di China Ini Sangat Teruk Dan Boleh Berlaku Kepada Negara Kita

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber