Netizen tak percaya melihat seorang wanita boleh bergelar pempengaruh atau influencer apabila melihat perangai wanita tersebut yang menjengkelkan.

Influencer tersebut memuat naik video dia membeli kereta EV baharu yang merupakan kereta keduanya. Dan influencer tersebut tanpa segan silu menunjukkan dirinya membuang sampah dari tingkap kereta.

Macam ni boleh jadi influencer ke?

Tidak cukup dengan itu, pempengaruh tersebut turut memandu tanpa memakai tali pinggang keledar yang merupakan perkara wajib dilakukan untuk keselamatan.

keledar
Foto: YouTube

Tindakannya dianggap memalukan dan boleh mempengaruhi kelakuan ramai pengikutnya terutamanya mereka yang daripada golongan kanak kanak.

“Macam ini pun boleh jadi influencer ke? Macamtu je kau buang sampah ke luar tingkap? Bodoh betul,” tulis seorang pengguna X.

Yang lain menulis: “Tali pinggang keledar dia selit dekat belakang, sampah buang ke luar tingkap, pakai skirt singkat yang ada belahan.

“Kesalahan dari segi undang-undang, moral, dan agama. Semua dia sapu.”

Ada juga yang mengajak netizen lain membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang wanita tersebut.

Netizen tersebut berkata: “Ada akta membuang sampah merata-rata, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Hukuman denda hingga RM2000 dan hukuman khidmat masyarakat hingga 12 jam. Bukti dah ada geng, walaupun dia mampu bayar atau terima hukuman tu janji rekod dah ada.”

Ramai setuju bahawa wanita tersebut sengaja mendapatkan perhatian dengan konten ragebait.

Namun pada masa yang sama mereka berharap pihak berkuasa tetap mengambil tindakan ke atas wanita tersebut.

influencer
Foto: X

Malah ada yang menegaskan bahawa: “Daripada babak buang sampah melalui tingkap boleh je tukar scene sampah tu masuk dlm bakul sampah kecik atau selit dulu dkt tepi pintu or selit dalam compartment belah tengah tu kan ? Bukan ke lebih efisien ? Mampu pakai kereta mewah tapi tak mampu pakai otak.