Netizen mengecam tindakan seorang pempengaruh yang menjual donat keju karamel dengan harga RM10 sebiji di bazar ramadan.
Bercakap kepada Harian Metro, pempengaruh bernama Faiz itu menegaskan bahawa dia ada alasan tersendri untuk menjual pada tanda harga tersebut.
Dia terkejut apabila ada pihak mempersoalkan harga sebiji donat yang dia jual RM10.
RM10 untuk sebiji donut.. Ada yang pernah rasa, berbaloi ke beli ni..?🤔 pic.twitter.com/Ni7OwRWldN
— JalalMisai (@jllmisai) February 26, 2026
“Terkejut juga apabila ada pihak mempersoalkannya, namun saya tidak mahu menyalahkan netizen,” tegas Faiz.
Seterusnya, Faiz menegaskan bahawa pilihan membeli di tangan netizen dan dia tidak memaksa mereka untuk membeli donatnya.
Menurut Faiz lagi, awalnya dia tidak merancang untuk menjual donat di bazar Ramadan, sebaliknya dia mahu fokus kepada penjualan air minuman.
Tetapi salah seorang daripada stafnya ada kepakaran membuat donat namun terpaksa menghentikan penjualannya kerana kekangan dari segi kewangan.
Faiz kekal dengan pendirian bahawa harga RM10 adalah harga berpatutan walaupun dia tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
Yakin dengan donat tersebut akan mendapat sambutan, Faiz telah menjual donat tersebut. Menurut Faiz, donat RM10 sebiji itu laku dan cepat habis.
@faizsoul_ Alhamdulillah Ramai Mai cari Donut Mahal RM10 Faiz Soul ❤️🙏🏻 #faizsoul #donutfaizsoul