Influencer Malaysia hilang dalam hutan Bandung, Indonesia dijumpai malam semalam.
Influencer hilang dalam hutan itu bernama Eyka. Dan sebelum ini dilaporkan hilang sejak Isnin ketika sedang membuat konten paranormal.
Ianya sebahagian daripada pekerjaan Eyka dan rakan rakannya untuk membuat konten buat pengikut mereka.
Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Indonesia 2 Pagi Ketika Sedang Buat Konten Paranormal
Eyka menjadi antara influencer terkenal di kalangan anak muda yang mengikutinya di TikTok.

Eyka dan rakan rakannya bertolak ke Indonesia untuk membuat aktiviti paranormal di sana. Ianya adalah cabaran baharu buat mereka.

Jadi, mereka terkejut apabila berita influencer hilang dalam hutan di Indonesia itu rupa rupanya Eyka.
Influencer hilang ditemui
Aktiviti paranormal tersebut diketuai oleh Ammar Nazhan. Semalam Ammar Nazhan memuat naik video menjelaskan bahawa salah seorang ahli pasukannya telah hilang di dalam hutan.
@bernamatvofficial Seorang personaliti pempengaruh tempatan disyaki hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sejak Isnin lalu. Perkara itu disahkan oleh rakannya yang juga pempengaruh Ammar Nazhan yang mengetuai aktiviti tersebut. Katanya, dia menyedari kehilangan Eyka atau nama sebenarnya Nur Syafiqah pada jam 2 pagi ketika melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan. Menurut Ammar lagi, laporan polis telah dibuat selepas 48 jam kerana waktu tersebut yang telah ditetapkan pihak berkuasa di negara itu. Katanya, ketika ini usaha mencari sedang giat dilakukan di dalam hutan berkenaan. Kredit Video : Tiktok Ammar Nazhan digitalbernamatv influencer hilang paranormal hilang indonesia bandung eyka ammarnazhan
Menurut Ammar Nazhan mereka ada 20 orang dalam aktiviti paranormal tersebut. Namun hanya 7 sahaja yang masuk ke hutan.

Daripada 7 yang masuk hutan itu, hanya Eyka sahaja yang perempuan. Eyka kemudian hilang sejak awal pagi Isnin pada kira kira pukul 2 pagi.
Mereka membuat laporan polis hanya selepas 48 jam Eyka hilang kerana itu adalah syarat untuk kes orang hilang di Bandung menurut Ammar.
Ammar Nazhan kemudian berjanji kepada keluarga Eyka bahawa dia akan memastikan Eyka dijumpai dan meminta mereka jangan bimbang.
Setelah 3 hari hilang di dalam hutan, Eyka akhirnya ditemui. Dan dia dalam keadaan lemah ketika dikeluarkan dari hutan.
@amnazhan SYUKUR ALHAMDULILLAH TEAM @𝓡 𝓐 𝓢 𝓩 ★ᴡꜰᴘ★ BERJAYA JUMPA EYKA SETELAH 3 HARI !! ALLAHUAKBAR !!! TERIMA KASIH INDONESIA & MALAYSIA @TIM TROBOS MITOS BANTU MEMBANTU 🇮🇩🇲🇾❤️
Ikut arah kiblat dan laung azan
Dalam laporan oleh Sinar, seorang rakan Eyka iaitu Arasz telah melaungkan azan dan mencari berdasarkan arah kiblat. Dan akhirnya berjaya menemui Eyka.
Mereka segera mendapatkan Eyka dan memberikannya minuman kerana Eyka benar benar dalam keadaan yang sangat lemah.
@sinar_my Seorang influencer yang hilang selama tiga hari selepas membuat content paranormal di Bandung, ditemui dalam keadaan yang lemah. Berdasarkan video LIVE yang dikongsikan di TikTok, influencer tersebut ditemui setelah azan dilaungkan. #SINARKongsi #SINARMuzikRetroTerbaik #hilang #eyka #bandung #hutan #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #trending #viral
Mereka kemudian mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam pencarian tersebut termasuk yang mendoakan mereka dalam usaha mencari Eyka.
@nafaaguy Alhamdulillah eyka telah di temui oleh arasz… Allahuakhbar!! Terima kasih ya allah @𝓡 𝓐 𝓢 𝓩 ★ᴡꜰᴘ★ @Ammar Nazhan #arasz #rasz #explore #paranormal #amzteam #malaysia #indonesia #makamkeramat #fyp
Ramai yang gembira melihat Eyka selamat ditemui. Mereka juga beerharap apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran oleh Ammar Nazhan dan rakan rakannya agar lebih berhati hati selepas ini.
@vocket Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam hutan di Bandung, Indonesia bagi melakukan aktiviti paranormal sejak tiga hari lalu ditemui selamat malam ini. Gadis berusia 22 tahun itu ditemui kira-kira 10 malam tadi dalam keadaan terbaring dan lemah di kawasan hutan. #eyka #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #vocketviral