Seorang pemengaruh media sosial Taiwan, ElephantGoGo memberi ulasan cemerlang tentang pengalamannya menaiki pesawat kelas perniagaan Malaysia Airlines.

Vlog yang memperincikan perjalanan beliau dari Lapangan Terbang Taoyuan di Taiwan ke destinasi yang tidak didedahkan, mendapat pujian daripada ElephantGoGo mengenai perkhidmatan, kemudahan dan pengalaman perjalanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi hari tiket, ElephantGoGo berjaya mendapat tiket kelas perniagaan pada harga yang sangat rendah iaitu 69,000 Dolar Taiwan, bersamaan dengan kira-kira RM10,269.46.

Semasa penerbangannya, ElephantGoGo melahirkan rasa kagum terhadap krew kabin Malaysia Airlines, memuji perkhidmatan mereka yang luar biasa dan kecekapan dalam bahasa Mandarin, Inggeris, Melayu, dan juga Kantonis.

Bagaimanapun, dia mengesan sedikit kesulitan dengan sistem hiburan dalam penerbangan, yang kurangnya sari kata Cina.

Bagaimanapun, ElephantGoGo tetap memuji keprihatinan dan keramahan krew kabin.

Satu aspek penting dalam penerbangan ini ialah keunikan penerbangan dengan syarikat penerbangan dari negara Islam seperti Malaysia, di mana alkohol tidak dipaparkan pada menu. Namun begitu, atas pertanyaan beliau, ElephantGoGo dapat menikmati champagne tanpa sebarang masalah.

Beliau juga dapat menikmati makanan kelas perniagaan, seperti sate sebagai pembuka selera, nasi kari sebagai hidangan utama dan pelbagai hidangan sampingan yang lazat, yang semuanya mendapat pujian daripada ElephantGoGo.