Perlawanan ketiga peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) Elite 2026/27: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Port FC [27 Oktober 2026, 6:00 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil tunggal negara iaitu JDT di Iskandar Puteri.

Perlawanan Ketiga ACL Elite 2026/27

Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Port FC

Perlawanan pertama peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) Elite 2026/27: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Port FC [15 September 2026, 8:15 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil tunggal negara iaitu JDT di Iskandar Puteri.

Perlawanan Pertama ACL Elite 2026/27

Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Port FC

Sepak mula: 6:00 petang, 27 Oktober 2026 (Selasa)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola 803, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC seperti ACL Elite 2026/27.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

Misi Kemenangan Kedua JDT Dalam ACL Elite 2026/27

JDT bakal turun beraksi dengan motivasi tinggi selepas mencatatkan kemenangan sulung di Korea Selatan ketika menang 2-0 ke atas Pohang Steelers pada 13 Oktober lalu.

Malah skuad kendalian Xisco Munoz itu cukup cemerlang dalam kempen Liga Super dengan rekod tanpa kalah dan masih belum dibolosi selepas mengharungi enam perlawanan serta sudah meledakkan 28 gol.

Dengan barisan pemain yang cukup berkualiti dimiliki, JDT dilihat tidak akan terlalu berdepan masalah untuk menundukkan wakil dari Thailand itu walaupun lawan turun selaku pendahulu saingan Thai League 1.

Dalam kempen ACL Elite 2026/26, Port FC tewas pada kedua-dua perlawanan di tangan wakil Jepun iaitu Vissel Kobe (1-2) dan Kashiwa Reysol (1-5).

Selepas mengharungi dua perlawanan, JDT berada di tangga keenam dengan empat mata manakala Port pula menghuni tangga ke-15 dengan dua kekalahan dialami.