AFC Cup 2023/24 – Terengganu vs Bali United [13 Disember 2023, 8:00 PM, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin]

Saksikan siaran langsung perlawanan terakhir peringkat kumpulan AFC Cup antara Terengganu FC (TFC) menentang kelab dari Indonesia, Bali United yang bermula malam ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Para peminat juga boleh menonton perlawanan tersebut menerusi Astro di saluran Astro Arena 803. Anda perlu memiliki applikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton di saluran ini.

Link Siaran langsung: Astro Arena (803)

Siaran akan bermula pada pukul 7.30 malam sebelum sepak mula pada pukul 8.00 malam melibatkan beberapa pemain hebat daripada kedua-dua pasukan seperti Liridon Krasniqi, Adisak Kraisorn, Azam Azmi, Illija Spasojevic dan Elias Dolah.

Di atas kertas, peluang TFC untuk mara ke pusingan seterusnya sudah tertutup selepas kelab dari Australia, Central Coast Mariners muncul juara kumpulan G selepas menewas Stallions Laguna 3-0 petang tadi.

Walaupun aksi TFC menentang Bali United sekadar pelengkap jadual namun skuad penyu ada misi untuk mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala AFC musim ini.

Peluang TFC layak menerusi slot naib juara kumpulan terbaik juga sangat tipis kerana kelab kemboja, Phnom Penh Crown kini berada di kedudukan teratas dengan 12 mata selepas mencatat 4 kemenangan dalam 5 perlawanan yang diharungi.

Phnom Penh Crown juga memiliki kelebihan dari segi jumlah perbezaan jaringan dan mereka dijangka tiada masalah untuk menewaskan Shan United pada aksi terakhir peringkat kumpulan.