Acara basikal trek menjadi tumpuan sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 menutup tirainya apabila jaguh negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom beraksi dalam acara keirin lelaki hari ini.

Berdasarkan jadual, perlumbaan peringkat suku akhir keirin akan bermula 5.29 petang ini kemudian diteruskan dengan aksi separuh akhir hingga ke final jika layak.

Info siaran langsung basikal trek Sukan Olimpik Paris 2024 (Suku Akhir)

Tarikh: 11 Ogos 2024 (Ahad)
Masa: 5.29 petang waktu Malaysia

Link siaran Langsung:

  1. Astro Arena (YouTube)
  2. Unifi TV
  3. Sukan RTM
  4. TV Okey

Shah Firdaus menjadi talian hayat terakhir kontinjen negara dalam misi memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau bangkit memenangi saringan ketiga pusingan repechage untuk menempah tiket ke suku akhir. 

Pemenang dua gangsa di Sukan Asia Hangzhou tahun lalu itu, akan berdepan cabaran sengit antaranya daripada pelumba Great Britain, Jack Carlin, Matthew Glaetzer dari Australia dan pelumba Jepun Kaiya, Ota.

RTM bawakan liputan Sukan Olimpik menerusi 6 saluran di RTM Klik. Ia juga boleh ditonton secara Live Streaming dimana sahaja anda berada.

Astro turut memiliki saluran khas Sukan Olimpik namun anda perlu memuat naik aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.