Final Euro 2024 – Sepanyol vs England [15 Julai 2024, 3.00 pagi waktu Malaysia]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Final Euro 2024 yang melibatkan dua pasukan hebat dari eropah iaitu Sepanyol menentang England.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
Astro turut menyiarkan perlawanan tersebut menerusi saluran SPOTV namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara live streaming.Β
Link siaran langsung:
- SPOTV NOW (Sooka)
- SPOTV NOW (website)
#EURO2024 -Sepanyol lawan England! Siapakah bakal muncul juara ? π
π²πΎπΈπ¬ Tonton #UEFAEURO2024 di #SPOTVNOW: https://t.co/gC2rk60VUw #SPOTVStadia #RoadToGlory pic.twitter.com/AX5adV69TT
— SPOTV Malaysia (@SPOTVMY) July 13, 2024
Sepanyol memburu gelaran keempat sekali gus menjadi pasukan paling berjaya di Eropah sementara England mengimpikan gelaran Eropah pertama mereka.
Memenangi gelaran Euro bukan sahaja menjadi pencapaian yang berprestij namun pasukan juga berpeluang mendapat ‘durian runtuh’ selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM1.68 bilion untuk dikongsi antara 24 pasukan bertanding.
Juara berpotensi membawa pulang RM145 juta, bergantung kepada persembahan mereka sepanjang kejohanan di mana juara Euro 2024 akan mendapat RM40 juta manakala naib juara sebanyak RM25 juta.
Jika Sepanyol menjulang Euro 2024, mereka akan membawa pulang RM145 juta sementara England bakal meraih RM140 juta.
Pemain Sepanyol akan menerima bonus lebih RM1.8 juta setiap seorang sekiranya berjaya memenangi Euro 2024 – namun jumlah itu lebih rendah berbanding bonus yang bakal diterima pemain England.
Skuad bimbingan Luis de la Fuente itu dijanjikan bonus yang lumayan oleh Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) selepas perbincangan bersama pemain senior.
Setiap pemain dalam skuad Sepanyol termasuk De La Fuente akan menerima bonus sebanyak RM1.85 juta sekiranya berjaya menewaskan England di final Euro 2024 sekali gus menjadi pembayaran bonus terbesar dalam sejarah pasukan itu.
Namun England akan menerima bonus yang lebih besar di mana pemain akan mendapat agihan sebanyak RM2.2 juta jika mereka menjadi juara Eropah.
Pengendalinya, Gareth Southgate akan menerima bonus lebih lumayan, RM24 juta jika membawa England menjuarai Euro 2024, lebih 10 kali ganda berbanding bonus yang bakal diterima De La Fuente.
Pasukan manakah bergelar juara? Saksikan perlawanan menarik itu.