Perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia lawan Vietnam [10 Jun 2025, 9.00 Malam]
Para peminat setia skuad Harimau Malaya yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut di kaca televisyen.
Baca Juga:
- Hardi Jaafar – ‘Selamat Jahanam Liga Malaysia’
- Matthew Davies – ‘Pemain Warisan Ada Kualiti, Sudah Terbukti Di Luar Malaysia’
- Penyokong Indonesia Desak FIFA Siasat Malaysia

Kelayakan Piala Asia 2027
Malaysia lawan Vietnam
Sepak Mula: 9.00 Malam
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: RTM (TV Okey & Sukan RTM), Astro Arena 801
Penyokong skuad bola sepak negara pastinya teruja menantikan aksi malam ini dimana lima pemain warisan baharu negara dijangka akan turun beraksi.
Dengan reputasi baik dimiliki, khidmat Facundo Garces, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Imanol Machuca dan Rodrigo Holgado diharapkan dapat meningkatkan keupayaan skuad kendalian Peter Cklamovski itu.

Sehubungan dengan keterujaan tersebut, peminat yang tidak dapat ke Stadium Nasional Bukit Jalil boleh menonton perlawanan ini secara percuma di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV Okay dan Sukan RTM.
Bagi anda yang tidak berada di rumah, boleh juga menyaksikannya secara dalam talian menerusi penstriman langsung di RTM Klik dan memilih salah satu daripada dua saluran tersebut.
Seperti kebiasaan, Astro turut akan menyiarkan perlawanan Malaysia lawan Vietnam ini secara langsung di Astro Arena 801.
Untuk penstriman langsung, ia boleh disaksikan menerusi aplikasi Astro On The Go dan Sooka.
Dalam misi untuk mara ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, Malaysia perlu berdepan cabaran Vietnam, Nepal dan Laos di pusingan kelayakan.

Cabaran berat menanti skuad Harimau Malaya apabila hanya juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir yang akan diadakan di Riyadh, Jeddah dan Khobar itu.
Oleh itu, skuad negara perlu menundukkan Vietnam dalam usaha untuk merealisasikan impian tersebut.