AFC Champions League Elite (ACLE) 2024-2025: JDT vs Pohang Steelers [18 Februari 2025, 8:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak asia melibatkan wakil negara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baca Juga:
- Media Korea Lapor Pemain Pohang Steelers ‘Diganggu’ Jelang Aksi Menentang JDT
- ACL Elite 2024/25: JDT Atasi Central Coast Mariners Di Australia
- JDT Rancang Aksi Persahabatan Menentang PSG
Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Pohang Steelers
Sepak mula: 8:00 malam, 18 Februari 2025 (Selasa)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC. Namun, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.
ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dimana menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM44,699,195.03) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM17,879,678.01).
Selepas mengharungi tujuh perlawanan, JDT yang dibimbing Hector Bidoglio telah meraih 11 mata hasil tiga kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan untuk menduduki tempat keenam.
Satu kedudukan yang nyata mencerahkan peluang JDT untuk mara ke pusingan 16 kejohanan paling berprestij di benua Asia itu.
Pasukan yang mara ke peringkat 16 pasukan terakhir bakal mendapat bonus tambahan wang tunai sebanyak USD200 Ribu.
Sementara itu, JDT pastinya dalam mood terbaik untuk terus meraih kemenangan apabila masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Central Coast Mariners di gelanggang lawan pada minggu lalu.
Pemain pertahanan baharu, Alvaro Gonzalez muncul wira JDT selepas beliau menghasilkan dua jaringan untuk kemenangan penting di Central Coast Stadium, Gosford itu.