Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang bermula semalam dianggap sebagai terbesar dalam sejarah penganjurannya selepas berjaya menarik 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia pada tahun ini.
Sejak semalam, video pertunjukan udara di LIMA ’23 telah tular di media sosial. Malah, pasukan penerbangan akrobatik Korea Selatan, Black Eagle juga menjadi bualan ramai apabila seorang pengguna memuat naik video memaparkan juruterbang-juruterbang pasukan penerbangan terbabit.
Baca Juga:
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
@wan_hazlami Kenapa anda perlu datang LIMA? Ini jawapannya🤭🤭#limalangkawi2023 #oppasaranghaeyoo #blackeagle #acrobaticflight #fypage #korea 🇰🇷 #fypシ゚viral #aviationlife #foryoupage
Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa juruterbang pasukan penerbangan Korea Selatan berjalan sambil berbual dan juga kelihatan kacak.
Perkongsian video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen yang melihat video terbabit mengatakan ia membawa vibes seperti dalam drama Descendants of the Sun yang terkenal pada tahun 2016.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut memuji mereka dan ada juga yang mahu tonton semula drama Descendants of the Sun selepas melihat juruterbang-juruterbang tersebut.