Pada hari semalam dilaporkan ada dua kanak-kanak hilang sejak petang semalam di Desa Petaling.
Bagaimanapun kedua-dua dijumpai selamat pada tengah malam semalam.
Baca Juga:
- ‘Makin Cantik Sekarang’ – Setahun Menghilang, Kini Ramai Suka Ira Kazar
- Bukan Hilang, Tetapi Farah Diana Meluangkan Masa Di Rumah Teman Lelakinya Di Kelantan
- Keluar Dengan Kawan Baru Kenal Sebulan, Gadis Hilang Di Kedah Jumpa Dekat Perlis
Memetik laporan Buletin TV3, Faiq Adiwira, 11, dan seorang lagi kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang ditemui terperangkap dan tertidur dalam lif yang sedang diselenggara di kediamannya di sebuah kondominium di Desa Petaling, pada jam 12.45 tengah malam.
2 budak disangka hilang rupanya terperangkap 9 jam dalam lif
Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak petang semalam di Desa Petaling, ibu negara ditemui selamat tengah malam tadi.
Kedua-dua mereka yang dipercayai terperangkap selama lebih 9 jam ditemui selepas… pic.twitter.com/cSuOpCYagH
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 20, 2024
Kedua-dua mereka yang dipercayai terperangkap selama lebih 9 jam ditemui selepas kelibat mereka dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Terdapat dua laporan polis dibuat berhubung kehilangan dua kanak-kanak terbabit oleh waris mereka petang semalam.
“Berdasarkan maklumat, dua kanak-kanak terbabit telah keluar rumah pada jam 2.30 petang semalam untuk membeli pai di kedai berdekatan simpang sebuah sekolah menengah sebelum mereka terperangkap dalam lif berkenaan,” katanya hari ini.
Difahamkan kanak-kanak terbabit sudah meminta bantuan sehingga keletihan, lalu tertidur.