Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan di Dewan Rakyat hari ini menjawab mengenai prestasi syarikat pemegang konsesi lebuh raya di negara ini dari segi keuntungan dan kerugian.

Dimaklumkan terdapat 12 daripada 33 konsesi lebuhraya di Malaysia yang mengalami kerugian susulan kekurangan trafik.

Kementerian Kerja Raya (KKR) tegas beri amaran kepada mana-mana pihak yang berangan-angan nak cadang atau berminat membina lebuhraya baharu.

Meskipun tak didedahkan berapa kerugian yang perlu ditanggung, Ahmad menyatakan bahawa mana-mana pihak yang mencadangkan pembinaan lebuhraya baharu hendaklah mengambil kira sama ada cadangan tersebut akan memberikan keuntungan atau hanya akan membebankan kerajaan pada masa hadapan.

Situasi ini berlaku kerana sekiranya projek lebuhraya tersebut tidak mendatangkan keuntungan, tanggungjawab menanggung kos kerugian itu akan terpikul oleh pihak kerajaan di bawah tindakan mengambil alih operasi lebuhraya tersebut.

Ini antara lebuh raya mengalami kerugian pada tahun lalu:-

1. Lebuhraya KL-Putrajaya Maju Expressway (MEX)
2. Lebuhraya KL-Karak (KLK)
3. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
4. Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)
5. Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
6. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
7. Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE)
8. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
9. Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE)
10. Terowong dan Jalan Pengurusan Air Banjir (SMART)
11. Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE)
12. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)