Senarai Jutawan Forbes 2025 menampilkan 19 warga Malaysia, dengan jumlah nilai kekayaan mereka mencapai AS$57.3 bilion (RM256.23 bilion) sekaligus meletakkan nama negara di peringkat global

Robert Kuok

Malaysia
Sumber Gambar: Mothership

Robert Kuok, pada usia 101 tahun, mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia, dengan peningkatan nilai kekayaan bersih kepada AS$12.1 bilion (RM55.8 bilion).

Tan Sri Quek Leng Chan

Malaysia
Sumber Gambar: The Edge Malaysia

Tempat kedua dalam kalangan individu terkaya di Malaysia diduduki oleh Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong. Beliau berada di kedudukan ke-274 dalam senarai Forbes dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$9.9 bilion (RM44.5 bilion).

Tan Sri Paul Koon

Malaysia
Sumber Gambar: Malaysia Business

Tan Sri Paul Koon, Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal Aluminium Holdings Bhd, menduduki tempat ke-868 di peringkat global dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$4.2 bilion (RM18.8 bilion).

Datuk Lee Yeow Chor

Malaysia
Sumber Gambar: IOI Property Group Berhad

Dalam senarai itu juga terdapat dua beradik dari IOI Group, Datuk Lee Yeow Chor, 58, dan Lee Yeow Seng, 47, yang terlibat dalam perladangan dan hartanah. Masing-masing mempunyai nilai bersih AS$3.1 bilion (RM13.7 bilion) dan AS$2.3 bilion (RM10.6 bilion).

Lee Thiam Wah

Malaysia
Sumber Gambar: Gempak

Lee Thiam Wah, 61, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd, turut menarik perhatian apabila menduduki tangga keempat sebagai individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih AS$3.7 bilion (RM17.6 bilion).

Diona Teh Li Shian

Malaysia
Sumber Gambar: The Edge Malaysia

Anak-anak kepada mendiang Tan Sri Teh Hong Piow, pengasas Public Bank Bhd, iaitu Diona Teh Li Shian, Lillian Teh Li Ming, Lillyn Teh Li Hua dan William Teh Lee Pang turut disenaraikan sebagai antara individu terkaya di Malaysia, dengan setiap seorang memiliki kekayaan bersih sebanyak AS$1.6 bilion.

Tan Sri Jeffrey Cheah

Malaysia
Sumber Gambar: Sunway Group

Tan Sri Jeffrey Cheah dari Sunway Group turut tersenarai dalam Senarai Bilionair Forbes 2025, menduduki tempat kelima terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$3.5 bilion (RM15.6 bilion).

Tan Sri Lim Kok Thay

Malaysia
Sumber Gambar: Inside Asian Gaming

Sementara itu, Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group mencatatkan kekayaan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion), dan Tan Yu Yeh dari MR DIY pula memiliki kekayaan sebanyak AS$1.3 bilion (RM5.8 bilion).