Walaupun sudah banyak tragedi berlaku di lebuhraya, namun masih ramai geng motosikal tidak serik-serik lagi berlumba haram sehingga membahayakan keselamatan orang ramai.
Baru-baru ini Pengurus Besar Kanan Operasi Plus Malaysia Bhd, Mohd Yusuf Abdul Aziz, mendedahkan terdapat beberapa tempat dikenalpasti sebagai ‘lokasi panas’ bagi aktiviti lumba haram dan samseng jalanan di Lebuhraya Plus.

Baca Juga:
- Dua Pemandu Proton Satria Dicekup, Aksi Lumba Haram Dirakam Pada CCTV Lebuhraya DASH
- ‘Bangga’ Tayang Lumba Haram Bersama Dua Anak Kecil, Tindakan Bapa Ini Jadi Kecaman Netizen
- ‘Kami Datang Untuk Family Day’ – Beberapa Individu Nafi Berkonvoi Ke Melaka Untuk Lumba Haram
Menurutnya, pihak Plus dan agensi penguatkuasaan aktif menjalankan operasi membanteras aktiviti lumba haram dan samseng jalanan di kalangan penunggang motosikal membabitkan beberapa laluan utama di lebuh raya Plus.
“Pasukan Plus kini aktif menyertai operasi bersama dengan agensi penguatkuasaan. Ia membabitkan penyertaan anggota PLUSRonda serta kakitangan operasi dan keselamatan trafik yang bertugas di pejabat seksyen kami sepanjang Lebuhraya Plus.
“Kolaborasi Plus bersama agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi penguatkuasaan berkaitan sedia terjalin sejak dahulu lagi,” terang beliau.
Berikut adalah lokasi-lokasi ‘panas’ yang sering dijadikan litar lumba oleh geng motosikal –
1. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
2. Jambatan Pulau Pinang
3. Laluan Juru-Sungai Dua
4. Laluan Sungai Petani Selatan-Bertam
5. Laluan Pendang-Gurun
6. Laluan Alor Pongsu- Bandar Baharu
7. Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
8. Senawang-Seremban
9. Ayer Hitam-Machap
10. Hentian Sebelah Kulai (arah Selatan)
11. Skudai-Bukit Amber
12. Persimpangan Dato’ Onn-Persimpangan Pandan
13. Persimpangan Bukit Indah- Persimpangan Nusa Bayu
14. Bandar Pulai Jaya
15. Bukit Raja-Shah Alam
16. Sungai Besi- Bangi
17. Nilai-Seremban
18. Kuala Kangsar-Rawat & Rehat (R&R) Sungai Perak
19. Plaza Tol Ipoh Utara
Tambah beliau lagi, orang ramai yang melihat kegiatan samseng jalanan boleh berkongsi maklumat melalui talian PLUSLine 1800-88-0000 selain melaporkannya kepada pihak berkuasa.