Tahukah anda di Malaysia sahaja corak agihan pendapatan menampilkan lebih 3.16 juta isi rumah berada di dalam tahap B40?
Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta tekanan harga barangan asas yang naik mencanak, pasti ramai akan merasa lebih terbeban.
Jadi, timbul persoalan bagaimana seseorang itu masih kekal berada di tahap B40 meskipun sudah berada di dalam dunia pekerjaan sejak sekian lama.
Menurut pakar kewangan yang dikenali sebagai Dr Adam Zubir, beliau berpendapat sebenarnya ada empat tabiat yang membuatkan seseorang kekal berada di dalam kategori B40 selama ini.
1. Terlalu selesa dalam comfort zone

Dr Adam Zubir percaya seseorang yang masih berada di takuk lama dan tidak berusaha memajukan di sendiri akan kekal berada di dalam zon yang sama.
Malah, ada yang merasa takut dikecam kerana mencuba sesuatu yang baharu itu sepatutnya dibuang jauh-jauh dari kamus kehidupan kalau mahu meningkatkan tahap kewangan dan menghadapi kesukaran.
Menurutnya, kepayahan dan katat negatif yang dilontarkan itu memang pahit ditelan tetapi itulah yang harus ditempuhi jika mahu membuat perubahan.
2. Tiada literasi kewangan

Walaupun nampak ia sesuatu perkara yang mudah, hakikatnya kekurangan ilmu atau cakna perihal kewangan bakal memberi kesan seumur hidup.
Beliau menyedari ramai orang mengambil berat berhubung kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental namun tidak enggan peduli tentang kesihatan kewangan.
Ramai terlepas pandang dalam pelbagai aspek kewangan seperti cukai, perbelanjaan serta jumlah pendapatan dan membelanjakan sesuka hati tanpa perancangan yang tersusun.
Memandangkan perkara ini tidak diajar di sekolah, anda dinasihati belajar sendiri agar mempunyai tahap kewangan yang mampan untuk masa depan.
3. Tidak melabur duit untuk pencen nanti

Pada hari ini, yang bekerja kerajaan mahupun swasta perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak mempunyai sumber pendapatan berterusan di usia senja kelak.
Duit yang disimpan menerusi ASB dan KWSP lambat-laun akan habis jua jika digunakan dalam tempoh yang panjang. Jadi, sebarang pelaburan perlu dibuat dengan kadar segera kerana lebih cepat dilakukan maka hasilnya akan berlipat kali ganda dengan garis masa yang lebih terjamin.
4. Bergantung dengan satu sumber pendapatan

Menjadi satu ancaman besar buat individu yang bergantung pendapatan dengan melakukan satu kerja hakiki sahaja dan tertakluk kepada majikan.
Sekuriti kewangan anda lebih terdedah kepada risiko untuk terhenti begitu sahaja jika diberhentikan kerja secara mengejut dan seumpamanya pada masa kelak.
Dr Adam Zubir berkata untuk meraih kekayaan, anda sememangnya perlu menambah sumber pendapatan seperti membuat bisnes di dalam talian atau mula melabur ke dalam skim kewangan yang dipercayai untuk mendapatkan pulangan pasif.
Ramai memandang remeh hal ini tetapi bila dah terjatuh barulah tersedar betapa pentingnya melakukan revolusi kewangan untuk menjalani kehidupan mendatang.