Kalau anda penat bekerja, apa kata manjakan diri selepas seminggu yang sibuk dengan dapatkan rawatan urut di sekitar Lembah Klang.

Dari urutan tradisional hingga rawatan spa moden, kawasan ni memang ada pelbagai pilihan untuk anda hilangkan stress. Jom kita tengok 5 tempat urut best yang anda boleh cuba!

Baca Juga:

1. Thai Odyssey

Watch on TikTok

Thai Odyssey memang terkenal sebagai salah satu tempat urut terbaik di Lembah Klang. Dengan lebih 40 cawangan di Malaysia, mereka menawarkan urutan Thai tradisional yang membantu melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan otot.

Tempat ni sangat sesuai kalau anda nak rasa pengalaman urutan ala Thailand tanpa perlu pergi jauh. Memang berbaloi lah untuk anda cuba.

Alamat: Berjaya Times Square, Mid Valley Megamall, TRX dan banyak lagi.
Harga: Bermula RM98 untuk 60 minit.

2. Urban Retreat Spa

Urban Retreat Spa yang terletak di 1 Mont Kiara dan The Curve ini memang sesuai untuk anda yang inginkan suasana tenang dan rawatan berkualiti tinggi.

Tempat ni menawarkan pelbagai jenis urutan seperti urutan batu panas, urutan aromaterapi dan urutan tradisional Melayu. Suasana spa yang moden dan selesa membuatkan anda rasa macam masuk ke dunia lain sekejap.

Alamat: 1 Mont Kiara & The Curve, Petaling Jaya.
Harga: Bermula RM150 untuk 60 minit.

3. Herbaline Facial Spa

Walaupun terkenal dengan rawatan wajah, Herbaline juga ada menyediakan servis urutan yang fokus pada kesihatan dan relaksasi.

Anda boleh cuba urutan kaki atau badan penuh di sini sambil menikmati suasana spa yang santai dan nyaman. Malah, mereka juga ada menyediakan rawatan tangas herba untuk detoksifikasi badan.

Alamat: Pandan Indah, Kepong, dan cawangan lain di seluruh Lembah Klang.
Harga: Bermula RM75 untuk 60 minit.

5. Hammam Spa

Hammam Spa adalah spa gaya Maghribi yang menyediakan pengalaman unik dengan rawatan seperti ‘Hammam and Gommage’.

Reka bentuk dalaman yang bercirikan Timur Tengah dan rawatan penyental badan tradisional memberikan pengalaman relaksasi yang mendalam.

Alamat: Publika, Solaris Dutamas
Harga: Bermula RM320 untuk 75 minit

5. Qi Odyssey

Watch on TikTok

Kalau anda mencari tempat yang menawarkan urutan yang menenangkan dengan konsep kesihatan holistik, Qi Odyssey adalah tempat yang wajib dikunjungi.

Spa ni menawarkan refleksologi kaki dan urutan kepala, leher, dan bahu yang direka untuk membantu melegakan tekanan sambil mengimbangkan tenaga badan.

Dengan suasana spa yang selesa dan santai, Qi Odyssey memang sesuai untuk anda yang nak relaks sepenuhnya selepas hari yang sibuk.

Alamat: Berjaya Times Square, Tropicana Gardens Mall dan banyak lagi.
Harga: Bermula RM88 untuk 60 minit.

Tak kira jenis urutan yang anda cari, Lembah Klang memang penuh dengan pilihan tempat urut yang best.

Dari pengalaman tradisional Thai hingga ke urutan ala Maghribi atau refleksologi, ada sesuatu untuk semua orang.

So, kalau anda rasa letih dan nak rehatkan badan, bolehlah cuba salah satu tempat urut ni dan rasai sendiri kesegaran selepas rawatan!