Walaupun ramai pelancong yang memuji negara Malaysia di media sosial, ia tidak menjadikan kita layak untuk masuk ke senarai bandar terbaik dunia pada tahun ini.

Menjadi acara tahunan buat laman terkemuka iaitu Time Out mengeluarkan senarai bandar terbaik dunia untuk tahun 2025 menerusi tinjauan yang dibuat.

Ini 50 Bandar Terbaik Dunia Pada Tahun 2025, Adakah Malaysia Tersenarai?
Sumber Gambar: Go Real Travel

Nama Kuala Lumpur tidak kelihatan sama sekali tetapi ibu negara jiran kita iaitu Bangkok, Thailand berjaya mempamerkan prestasi yang bagus apabila menduduki tangga ke-2 di dalam senarai tersebut.

Bandar utama Asia lain seperti Singapura, Shanghai, Beijing, dan Tokyo juga telah berjaya masuk ke dalam senarai berprestij, mengukuhkan lagi kedudukan Asia di barisan hadapan dalam kedudukan bandar global.

Untuk makluman, menjadi tradisi tahunan buat Time Out mengumpulkan maklum balas daripada lebih 18,500 pembaca, yang menilai bandar berdasarkan faktor seperti makanan, budaya, kehidupan malam, suasana bandar, kos sara hidup dan kebahagiaan keseluruhannya.

Hasil tinjauan tahun ini telah menyerlahkan pelbagai bandar yang terus membentuk landskap bandar global.

Ini senarai 50 bandar terbaik dunia 2025:-

  1. Cape Town, South Africa
  2. Bangkok, Thailand
  3. New York, US
  4. Melbourne, Australia
  5. London, UK
  6. New Orleans, US
  7. Mexico City, Mexico
  8. Porto, Portugal
  9. Shanghai, China
  10. Copenhagen, Denmark
  11. Chicago, US
  12. Lisbon, Portugal
  13. Edinburgh, UK
  14. Hong Kong
  15. Sydney, Australia
  16. Amsterdam, Netherlands
  17. Barcelona, Spain
  18. Seville, Spain
  19. Paris, France
  20. MedellĂ­n, Colombia
  21. Hanoi, Vietnam
  22. Madrid, Spain
  23. Berlin, Germany
  24. Dubai, UAE
  25. Singapore
  26. Rio de Janeiro, Brazil
  27. Beijing, China
  28. Chiang Mai, Thailand
  29. Jakarta, Indonesia
  30. Vienna, Austria
  31. Tokyo, Japan
  32. Marrakech, Morocco
  33. Perth, Australia
  34. Brighton, UK
  35. Prague, Czech Republic
  36. Glasgow, UK
  37. Brisbane, Australia
  38. Marseille, France
  39. Budapest, Hungary
  40. Los Angeles, US
  41. Lagos, Nigeria
  42. Seoul, South Korea
  43. Valencia, Spain
  44. Montreal, Canada
  45. Bilbao, Spain
  46. Abu Dhabi, UAE
  47. Belfast, UK
  48. Bristol, UK
  49. Mumbai, India
  50. Warsaw, Poland

Walaupun begitu, Malaysia pada tahun lalu pernah menduduki tangga ke-18 untuk bandar terbaik dunia, bahkan berjaya mengalahkan Dubai dan Las Vegas.