Siapa sahaja pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk bersama-sama makan tengah hari dengan Warren Buffett. Buffett adalah seorang billionaire dan CEO untuk syarikat conglomerate Berkshire Hathaway (BH). Antara jenama terkenal di bawah syarikat BH ini adalah sos Heinze, jenama baju Fruit Of The Loom, syarikat insuran Geico, syarikat penerbangan NetJets, bateri Duracell dan banyak lagi.
Bagi para businessman di seluruh dunia, berjumpa Warren Buffett adalah satu peluang yang hebat kerana dari sesi pertemuan itu nanti, banyak perkara yang boleh dibincangkan dan dipelajari dari Buffett secara terus dan eksklusif. Mungkin juga peluang untuk menjalankan bisnes bersama Buffett jika bernasib baik.
Tetapi sesi pertemuan bersama Buffett ini, Power Lunch With Warren Buffett bukan murah dan para businessman seluruh dunia perlu membuat bidaan untuk peluang bertemu dengan Buffett ini. Untuk sesi kali ini, seorang individu misteri membayar USD$3,456,789 (lebih kurang RM14 juta).
Wang dari bidaan itu tidak akan masuk ke poket Buffett sebaliknya ia akan didermakan ke sebuah pertubuhan kebajikan, Glide. Beliau tidak memerlukan wang itu kerana beliau adalah orang ketiga terkaya di dunia menurut Forbes dengan nilai kekayaan USD60.8 billion.
Ini adalah tahun ke-15 acara makan tengah hari bersama Warren Buffet ini dianjurkan dan setakat ini, acara kebajikan ini telah mengutip lebih USD20 juta.
Bidaan tahun ini memadam rekod tahun lepas (USD2.3 juta) yang dimenangi oleh Zhu Ye, CEO syarikat Dalian Zeus Entertainment. CEO syarikat gaming itu berkata peluang makan dan bertemu Warren Buffet bagaikan sebuah mimpi yang jadi kenyataan.
Acara lelongan itu dijalankan di laman eBay dan lelongan ini adalah lelongan charity paling mahal buat laman bidaan online itu untuk tahun ini.
Pertubuhan Glide menyediakan 850,000 makanan setiap tahun untuk gelandangan, memberi kemudahan kesihatan dan tempat tinggal serta membantu individu untuk keluar dari kemiskinan. Buffett berbangga kerana dapat membantu dan memberi sumbangan untuk pertubuhan ini kerana ia membantu ramai orang susah di luar sana.
Warren Buffett ini memang seorang businessman yang berjaya. Sifat philanthropist beliau memang patut dipuji. Memang betul pepatah ‘masa itu emas’. Inilah harga yang perlu dibayar untuk ‘membeli’ masa bersama Warren Buffett.
BACA: 8 Pengajaran Makan Tengah Hari Bernilai US$650,000 Bersama Warren Buffett
P/S: Kalau anda nak dengar cerita kejayaan dan berkongsi idea dengan entrepreneur start-up ternama di Malaysia, jom mendaftar untuk VocketTalk.