Kecoh sejak semalam apabila tular klip video yang menyaksikan pertelingkahan dalam rumah melibatkan Tan Sri Musa Hasan serta ahli keluarganya. Situasi yang berlaku sekaligus telah mendapat perhatian netizen yang terkejut dengan klip yang tular melibatkan mantan Ketua Polis Negara itu.

Menerusi klip yang tular, dapat dilihat Tan Sri Musa Hasan memakai helmet di dalam rumah sambil melakukan sesuatu manakala isterinya seolah meluahkan apa yang berlaku sambil merakam kejadian.

Baca Juga:

@rosmaria19_

Betul ka TS Musa Hassan? #apaceritamalaysia

♬ bunyi asal – Borz – Borz

Lebih mengejutkan ramai, isterinya turut mendakwa saham dan bisnes Mantan Ketua Polis Negara ini diperoleh daripada kaum Cina.

Insiden yang mengejutkan ramai ini secara tidak langsung turut membuatkan salah seorang netizen bertanya secara terus kejadian yang berlaku di mana Tan Sri Musa Hasan tampil memberi respon untuk hormati privasi keluarga serta elakkan masuk campur.

Tan Sri Musa Hasan juga tidak mengingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi sekiranya tidak mahu terlibat dengan tindakan undang-undang. Sementara itu, beliau pada pagi ini turut berkongsi ciri-ciri isteri derhaka pada suami menerusi platform Twitter.

Untuk pengetahuan, Tan Sri Musa Hasan merupakan Ketua Polis Negara dari tahun 2006 sehingga tahun 2010. Semasa bertugas, beliau merupakan antara individu yang terlibat dengan kes melibatkan Perdana Menteri Malaysia yang terkini.