Benjamin Netanyahu tidak berselindung menyatakan perancangan Tel Aviv sekarang adalah untuk mengambil alih Gaza secara fizikal sepenuhnya.

Kononnya, Tel Aviv yakin itu adalah langkah terbaik untuk memastikan keamanan dicapai di Timur Tengah.

Langkah ini menandakan satu perubahan besar dalam strategi ketenteraan Israel dan dikhuatiri akan mencetuskan konflik berskala lebih besar di rantau Timur Tengah.

“Tiada cara lain untuk menghapuskan ancaman melainkan kita mengawal sepenuhnya Gaza,” ujar seorang pegawai kanan pertahanan pimpinan Netanyahu kepada media tempatan.

gaza
A man rides a scooter near the flags of the U.S., United Arab Emirates, Israel and Bahrain as they flutter along a road in Netanya, Israel September 14, 2020. REUTERS/Nir Elias

Sejak serangan Tel Aviv bermula awal tahun ini, lebih 32,000 rakyat Palestin terkorban, termasuk ribuan kanak-kanak dan wanita. Infrastruktur utama seperti hospital, sekolah dan loji air telah musnah, menyebabkan lebih 1 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa lebih 70% infrastruktur Gaza musnah dan bekalan ubat, makanan serta elektrik berada di tahap kritikal.

Hamas baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk berunding, dengan syarat adanya gencatan senjata sementara dan pembukaan koridor bantuan kemanusiaan.

Namun, Isra*l menegaskan bahawa rundingan hanya akan diteruskan jika semua tebusan dibebaskan terlebih dahulu.

Reaksi negara lain tentang niat Tel Aviv mahu kuasai Gaza

Beberapa negara termasuk Qatar, Turki dan Iran mengecam keras tindakan Isr*el, menyifatkan ia sebagai “penjajahan dan pembersihan etnik moden.”

Sementara itu, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah memberi amaran bahawa tindakan itu boleh mencetuskan perang serantau dan mendesak penyelesaian secara diplomatik.

Trump hantar bom ke Israel

Namun Netanyahu dilihat tetap bertegas, terutama selepas mendapat tekanan kuat dari parti-parti kanan dalam pemerintahannya untuk menamatkan konflik dengan “kemenangan penuh”.