Teka-teki mengenai pemain warisan mana yang bakal mengisi posisi penyerang dalam skuad kebangsaan semakin hampir untuk diketahui selepas salah seorang pemain kelahiran Sepanyol didakwa mempunyai darah kacukan Malaysia.

Menurut laporan Kosmo, pemain yang dimaksudkan ialah Ruben Sanchez Perez dimana beliau ketika ini beraksi bersama kelab Liga Uzbekistan, FC OKMK Olmaliq.

Baca Juga:

Penyerang
Ruben Sanchez Perez

Penyerang Posisi Paling Penting Dalam Skuad Harimau Malaya

Sebelum ini, pasukan negara diperkuatkan oleh tiga pemain warisan iaitu Christian Abad, Hector Hevel dan Gabriel Palmero dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal baru-baru ini.

Peminat tertanya-tanya mengenai pemain mana yang bakal diletakkan sebagai penyerang utama pasukan negara memandangkan ramai pemain yang pernah diturunkan di posisi itu kurang memberangsangkan.

Ruben Sanchez merupakan pemain berusia 31 tahun dimana beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab La Liga sebelum berhijrah ke Uzbekistan.

Antara kelab yang pernah diwakili oleh pemain itu seperti Sporting Gijon, Sporting Atletico dan Granada.

Penyerang
Ruben Sanchez Perez

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegaskan 7 lagi pemain warisan bakal memperkuatkan skuad kebangsaan.

“Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada kemajuan yang berterusan dan penambahbaikan dalam setiap aspek. Semalam kita boleh lihat struktur bermain yang baik, intensiti selama 90 minit amat tinggi.

“Tujuh lagi pemain warisan dari luar negara akan menambah lagi kualiti dan membantu pasukan. Yang penting pasukan negara bermain di kejohanan antarabangsa yang tinggi dan disegani.

“Ini adalah kebanggaan dan imej kita. Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu, dan bersabar. The priority is not the speed, but the direction we heading,” kata Tunku Mahkota Ismail.