VAT merupakan akronim bagi value added tax (cukai nilai tambah, iaitu cukai yg ditambah pd harga barang atau perkhidmatan). Sekiranya anda melancong ke luar negara, cukai ini boleh dituntut kembali sebelum anda pulang. Jadi, adalah duit masuk kembali ke poket anda sebelum pulang.
Seperti yang dikongsi oleh pengguna Threads shfhsam, beliau mengingatkan kepada sesiapa yang melancong ke Thailand untuk buat VAT refund kerana nilai yang dapat kembali boleh tahan besar.
“Dulu ingat shopping 5,000 Baht baru boleh dapat (VAT refund) tetapi rupanya minimum 2,000 Baht pun dah boleh.
“Minggu lepas saya pergi shopping 2 kedai dan dapatlah refund 400 Baht. Kadang kedai saja buat lupa,” tulisnya.
Beliau juga turut berkongsi gambar VAT Refund Table untuk rujukan semua. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak anda dapat tuntut.
Syarat Kelayakan untuk Tuntutan VAT di Thailand
Namun begitu, ada satu syarat utama yang anda perlu ikut sebelum membuat tuntutan ini.
Anda TIDAK boleh menuntut bayaran balik VAT jika keluar dari Thailand melalui jalan darat. Ini kerana skim ‘VAT Refund for Tourists‘ hanya disediakan kepada pelancong yang keluar melalui lapangan terbang antarabangsa, antaranya Suvarnabhumi (Bangkok), Don Mueang, Phuket, Chiang Mai, Hat Yai dan lain-lain.
Mengapa begitu? Ia disebabkan oleh proses tuntutan memerlukan pemeriksaan dan cop kastam sebelum daftar masuk (check-in).
Tuntutan hanya boleh dibuat selepas pemeriksaan imigresen, yang hanya tersedia di terminal pelepasan antarabangsa lapangan terbang. Untuk informasi lanjut, boleh baca di sini.
Ada satu pengecualian di bawah skim khas yang dipanggil VAT Refund at Border Checkpoints, tetapi ia sangat terhad dan hanya terdapat di Pos Sempadan Sadao (Wilayah Songkhla) & Pos Sempadan Nong Khai (Wilayah Nong Khai) dan ia juga bergantung kepada budi bicara pegawai yang bertugas.
Syarat lain yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
– Bukan warganegara Thailand dan tidak tinggal lebih dari 180 hari dalam setahun
– Membeli barangan daripada kedai yang memaparkan logo VAT Refund for Tourists
– Membelanjakan sekurang-kurangnya 2,000 Baht di setiap kedai dalam satu hari
– Membawa barangan keluar dari Thailand dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembelian
Apa Yang Boleh Dituntut VAT?
Hanya barangan fizikal (contohnya pakaian, alat elektronik, kosmetik, beg) boleh dituntut. Perkhidmatan seperti hotel, restoran, makanan dan pengangkutan tidak dilayan untuk tuntutan.
Anda perlu mengisi satu borang tuntutan dan selepas ia disahkan, wang tuntutan anda akan dibayar melalui tunai (untuk jumlah kecil), pemindahan ke kad kredit atau Draf bank (mungkin dikenakan caj).
Jadi sekiranya anda ke Thailand selepas ini (menaiki pesawat), jangan lupa untuk claim VAT. Lagi mahal barang yang anda beli, lagi banyak anda dapat claim. Semoga membantu!
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.