Kita sedia maklum bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat tawaran kerja lebih-lebih lagi apabila tiada kabel di syarikat yang diidamkan. Selain tidak menerima tawaran kerja di sesebuah syarikat, sebahagian daripada kita juga belum tentu menerima panggilan temuduga selepas sudah dipohon.
Menerusi akaun Twitter @afrierhram_, beliau telah berkongsi tentang sebuah solusi terbaik dalam membantu anda mendapatkan kerja di syarikat terkemuka menerusi platform carikabel.com. Seperti namanya, ia sebuah platform yang menghubungkan anda kepada orang dalam di sesebuah syarikat terkemuka.
Baca Juga:
- Ini Cara Mudah Untuk Mengetahui Video TikTok Anda Sudah Tersenarai Dalam Ruangan FYP
- Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Jana RM100 Sehari Dengan Bantuan ChatGPT
benda paling SAKIT masa apply kerja ni β majikan ghost kitaπ»
takyah cerita pasal job offer, nak dapat interview pun susah.
kita baru dalam industry, "kabel" tak kuat.
well, aku ada satu solution untuk masalah korang tu π pic.twitter.com/KylvMAEieX
— Afrie Irham (@afrieirham_) March 19, 2023
Beliau menerangkan bahawa semua kabel yang didapati adalah daripada kenalan yang berkerja di sejumlah syarikat terkemuka itu. Difahamkan kesemua syarikat ini mempunyai program rujukan pekerja di mana referrers di syarikat tersebut akan menerima bayaran apabila berjaya menarik anda untuk berkerja di sana.
Jika anda berminat, boleh lawati portal carikabel.com lalu perlu membayar RM100 menerusi pautan yang disediakan. Selepas selesai berbuat sedemikian, barulah anda mendapat akses kepada database yang mengandungi ratusan syarikat terkemuka yang sedang mencari pekerja.
introducing https://t.co/syBS2ezkWG π€
a platform that connects you with "orang dalam" in a company.
aku dah kumpulkan contact details dari connection aku dari company dalam gambar tu.
and aku nak share semua ni dekat korang. pic.twitter.com/I5tWxLuLVE
— Afrie Irham (@afrieirham_) March 19, 2023
Untuk makluman, anda boleh mengakses database tersebut selama tempoh setahun untuk setiap pembayaran. Menariknya, anda masih boleh mengakses kesemua individu yang sudah dihubungi meskipun sudah tamat tempoh. Anda boleh memperbaharui langganan jika mahu mendapatkan kenalan terkini menerusi platform tersebut.
Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan beliau untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang masalah pada masa kelak. Dalam pada itu, beliau berbesar hati untuk memberikan potongan harga 25% yang membawa harga kepada RM75 sahaja untuk dua hari lagi.
Kini anda juga berpeluang memiliki kabel sendiri untuk mendapatkan jawatan yang diidamkan di syarikat terkemuka di Malaysia. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang boleh memanfaatkan platform serba guna ini lebih-lebih untuk graduan-graduan yang baru menamatkan pengajian.