Adakah anda sedang mencari cara yang cekap dan efisien untuk menjadualkan perjumpaan tidak kiralah untuk projek atau pun acara rasmi bersama rakan sekerja? Perkara ini sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah menerusi aplikasi Google Calendar sahaja.

Dengan menggunakan aplikasi Google Calendar, anda boleh sahaja kongsikan sesuatu tarikh projek atau acara rasmi secara serentak kepada sejumlah pengguna. Di samping dapat melihat tarikh acara, pengguna yang mengakses juga boleh menyunting maklumat padanya. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Baca Juga:

Cara kongsikan Google Calendar dengan individu tertentu

1. Buka Google Calender menggunakan telefon pintar, komputer atau laptop menerusi pautan ini. Anda disaran menggunakan komputer kerana antara mukanya lebih mesra pengguna berbanding di telefon pintar.

2. Pada menu bahagian kiri, anda bakal melihat My calendars.

Sumber Gambar: Google Calendars

3. Pilih kalendar yang ingin dikongsi lalu klik pada butang menu tiga titik yang terletak di sisi kanan.

Sumber Gambar: Google Calendars

4. Pilih Settings and Sharing.

Sumber Gambar: Google Calendars

5. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman baru, pilih Share with specific people di bawah bahagian Settings for my calendars.

Sumber Gambar: Google Calendars

6. Selepas itu, klik Add people dan taip alamat emel orang yang ingin anda kongsikan.

google calendar
Sumber Gambar: Google Calendars

7. Anda seterusnya akan dipaparkan menu untuk menentukan jenis kebenaran yang diberikan kepada pengguna tersebut. Ini termasuklah sama ada mereka boleh lihat sahaja semua butiran, membuat suntingan dan sebagainya.

cara kongsi google calendar
Sumber Gambar: Google Calendars

8. Akhir sekali, klik Send untuk membenarkan kenalan anda melihat kalendar tersebut.

cara kongsi google calendar
Sumber Gambar: Google Calendars

Menariknya dengan menggunakan Google Calendar, anda boleh mengakses maklumat terkini sesuatu acara atau projek dengan mudah menerusi pelbagai peranti dan boleh menambah lokasi sebenar perjumpaan sebagai rujukan. Selain itu, setiap individu pula bakal dihantar notifikasi emel secara automatik jika berlaku perubahan tarikh dan seumpamanya.

Diharapkan dengan tutorial ini boleh memudahkan anda berkongsi jadual untuk mengadakan perjumpaan dengan lebih rapi. Selain digunakan untuk kerja profesional, anda boleh sahaja gunakan Google Calendar untuk merancang aktiviti atau percutian dan berkongsi agenda tersebut bersama keluarga tersayang.