David Beckham akan menjengah usia 50 tahun pada 2 Mei nanti tetapi ikon bola sepak dunia itu kelihatan awet muda dengan penampilan serta fizikal dimilikinya.

Tidak seperti beberapa bekas rakan sepasukannya dimana tubuh badan mereka semakin ‘berkembang’, Beckham jelas cukup menitikberatkan soal kesihatan dan penampilan diri.

Baca Juga:

Tidak hairanlah bekas pemain yang terkenal dengan sepakan percuma menarik itu masih lagi dipilih menjadi model dan mempunyai jenamanya sendiri.

David Beckham
Manchester United’s midfielder David Beckham (R) celebrates scoring the winning goal against Middlesbrough with United’s captain Roy Keane (L) at Old Trafford. January 29, 2000. REUTERS/Ian Hodgson

Menurut sumber laporan Marca, Beckham cukup aktif dalam bermain padel sebanyak tiga kali seminggu. Padel merupakan sukan raket yang menggabungkan elemen tenis dan skuasy.

Sukan ini bukan sahaja meningkatkan daya tahan kardiovaskularnya tetapi juga menawarkan cara yang menyeronokkan untuk kekal aktif.

Selain itu, Beckham turut mengekalkan rutin senaman konsisten bersama isterinya, Victoria yang memupuk motivasi dan sokongan bersama.

Dalam masa sama, Beckham turut mempunyai rutin senaman mingguan yang berstruktur dan beliau turut sangat berdisiplin dalam menjalankan rutin tersebut.

David Beckham
Manchester United’s midfielder David Beckham (R) celebrates scoring the winning goal against Middlesbrough with United’s captain Roy Keane (L) at Old Trafford. January 29, 2000. REUTERS/Ian Hodgson

Apa Rutin Mingguan Diamalkan David Beckham?

Isnin: Bermula dengan berjoging ringan, diikuti dengan senaman kekuatan seperti sled pushes, push-up, senaman tali, ayunan kettlebell, dan squats.

Selasa: Fokus kepada kesihatan kardiovaskular dengan sepuluh set larian pecut satu kilometer.

Rabu: Menekankan kekuatan dengan rutin yang termasuk squats, push-up, angkat kaki, burpees, dan urutan plank-to-push-up.

Khamis: Meniru penekanan kardio pada hari Selasa dengan beberapa interval pecut.

Jumaat: Menamatkan minggu dengan sesi treadmill selama 20 hingga 30 minit, kadang-kadang menggabungkan yoga, panjat batu, atau seni mempertahankan diri campuran.

Hujung minggu pula digunakan diperuntukkan oleh Beckham untuk rehat dan proses pemulihan, walaupun beliau akan kekal aktif melalui aktiviti seperti mendaki dan berjalan bersama anjing-anjingnya.

David Beckham
Kredit Foto: REUTERS/Adnan Abidi

Diet Yang Diamalkan David Beckham

Pemakanan memainkan peranan penting dalam strategi kecergasan Beckham. Beliau biasanya memulakan hari dengan omelet keju yang kaya dengan protein.

Makan tengah hari dan makan malam terdiri daripada protein tanpa lemak, seperti ayam atau ikan, dipadankan dengan sayur-sayuran hijau berdaun seperti bayam, brokoli dan kobis bunga yang disediakan dengan minyak zaitun.

Walaupun beliau mengamalkan diet yang disiplin, Beckham tetap memberi kelonggaran untuk menikmati makanan kegemarannya seperti pancake.

Sumber