Bekas bintang Manchester United, David Beckham kini berada di Kuala Lumpur dan bakal membuat kemunculan di Pusat Beli Belah The Exchange TRX jam 6 petang esok (Khamis, 1 Februari 2024).

Beliau datang ke Malaysia untuk merasmikan pameran ‘The World Of The Predator’ yang memaparkan sejarah 30 tahun boot bola sepak yang direka oleh Adidas.

Baca Juga:

Terdapat juga sesi ‘meet and greet’ bersama peminat di butik Adidas tersebut. Ia terbuka kepada mereka yang telah menyertai peraduan Adidas menerusi pembelian minimum bernilai RM999 dalam resit tunggal untuk merebut peluang bertemu Beckham sendiri.

Pembelian itu  terdiri daripada sekurang-kurangnya satu persalinan bola sepak atau sepasang kasut adidas. Anda juga wajib mendaftar keahlian adiClub.

Menerusi laman instagram rasminya, Beckham turut memuji keindahan menara berkembar Petronas yang cukup popular dalam kalangan pelancong di seluruh dunia.

“Saya maksudkannya.. wow.. sungguh indah permandangan, bandar yang indah,” tulisnya di laman instagram.

Ini bukan kali pertama Beckham berada di Kuala Lumpur kerana sebelum ini pernah mengunjungi Pusat Beli Belah Pavilion pada bulan September 2017.

Pada November 2014, beliau turut menghadiri sambutan ulang tahun jam jenama mewah di lokasi yang sama.

Selain Beckham, beberapa selebriti terkemuka Asia turut hadir di pusat beli belah The Exchange TRX antaranya bintang K-Pop. Kim Yug-yeom dan pelakon popular Thailand, Nanon Korapat.