Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham, telah menerima gelaran kesatria ‘Sir’ secara rasmi atas jasa beliau terhadap sukan bola sepak dan masyarakat Britain.
Tokoh berusia 50 tahun itu, yang tersenarai dalam Senarai Penghormatan Hari Lahir Raja Charles awal tahun ini, telah dikurniakan gelaran tersebut oleh Raja dalam satu majlis di Berkshire pada hari Selasa, lapor BBC.
Baca Juga:
- Daripada Hobi Menternak Lebah, David Beckham Ilhamkan Perniagaan Baharu

- Ini Diet Dan Rutin Kecergasan Harian David Beckham Menjelang Usia 50 Tahun

- David Beckham Kini Berada Di Kuala Lumpur

“Saya tidak boleh berasa lebih bangga daripada ini,” kata Beckham. “Semua orang tahu betapa patriotiknya saya — saya amat mencintai negara saya.
“Saya sentiasa menegaskan betapa pentingnya institusi diraja kepada keluarga saya.
“Saya bertuah kerana berpeluang mengembara ke seluruh dunia, dan di mana sahaja saya pergi, orang hanya mahu berbicara tentang institusi diraja kita. Ia membuatkan saya berasa bangga.”
Beckham turut ditemani oleh isterinya, Victoria, serta ibu bapanya, Sandra dan David, di Istana Windsor.

“Raja Charles agak tertarik dengan sut saya,” kata Beckham.
“Baginda merupakan lelaki berpakaian paling bergaya yang saya kenal, jadi sebenarnya banyak gaya saya selama ini diinspirasikan oleh baginda — termasuklah gaya saya kali ini.
“Sut ini pula dibuat oleh isteri saya sendiri.
“Saya tengok gambar-gambar lama baginda semasa muda, memakai morning suit, dan saya terfikir, ‘Okey, itu gaya yang saya akan pakai’ — jadi saya tunjuk pada isteri saya, dan dia yang hasilkannya.”