Legenda bola sepak dunia, David Beckham semakin memberikan fokus terhadap kerjaya baharunya sebagai ahli perniagaan.

Beckham yang juga merupakan pemilik Inter Miami kini telah menceburi perniagaan baharu berasaskan ‘projek minat peribadi’ ketika nilai bersih aset keluarganya mencecah £500 juta.

Baca Juga:

Perniagaan yang dimaksudkan ialah pelancaran jenama snek berasaskan madu miliknya di Amerika Syarikat.

Ikon Manchester United itu mula jatuh cinta dengan aktiviti menternak lebah ketika tempoh perintah kawalan pergerakan wabak Covid-19 beberapa tahun lalu kini mengubah hobinya menjadi perniagaan penuh yang dinamakan BeeUp.

Pelancaran ini hadir ketika Beckham dan isterinya, Victoria, mencatatkan nilai kekayaan gabungan yang baru sahaja melepasi paras £500 juta (AS$675 juta).

Beckham mengumumkan pelancaran BeeUp, snek berasaskan madu yang disasarkan kepada kanak-kanak sebagai alternatif lebih sihat berbanding gula-gula.

Produk tersebut mula berada di pasaran Amerika Syarikat minggu ini melalui rangkaian peruncit utama, Target, dengan Beckham berkongsi keterujaannya di Instagram.

Beliau turut memuat naik gambar berdiri di hadapan rak yang dipenuhi produk tersebut.

Daripada Hobi Ke Perniagaan Baharu David Beckham

“Kecintaan saya terhadap penternakan lebah dan menghasilkan madu sendiri bermula sebagai hobi dan dengan cepat berkembang menjadi satu minat mendalam,” ujar Beckham menurut sumber laporan Goal.

“Sebagai seorang bapa dan bekas atlet, adalah penting bagi saya untuk memberikan anak-anak saya pilihan yang lebih berkhasiat berbanding gula-gula.”

“Itulah sebabnya saya mencipta BeeUp, sebuah jenama snek baharu berasaskan madu, cinta saya terhadap keluarga, dan gaya hidup aktif.”

“Sama ada pada awal pagi, selepas aktiviti sukan di sekolah, atau pengembaraan hujung minggu, BeeUp memberikan tenaga lebih baik, satu gigitan lazat pada satu masa.”

“Superfood yang terbukti sejak sekian lama ini bukan sahaja enak, tetapi juga membekalkan tenaga yang diperlukan kanak-kanak,  sesuai untuk mengisi tenaga sebelum latihan, kelas, atau perlawanan,” tambah David Beckham lagi.

Sumber