Simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu safety net majoriti rakyat Malaysia bagi menghadapi hari persaraan mereka.

Setiap individu mempunyai jumlah simpanan yang berbeza bergantung kepada sektor pekerjaan dan juga gaji yang mereka terima setiap bulan.

Baca Juga:

KWSP
Photo: Sanjit Das/Bloomberg

Gaji Yang Perlu Setiap Bulan Untuk Simpanan RM1.3 Juta Dalam KWSP

Laman The Futurizts berkongsi jumlah gaji yang patut anda terima sekiranya mahu mempunyai simpanan sebanyak RM1.3 Juta apabila bersara nanti.

“Situasi ini melibatkan andaian seperti tiada inflasi, tiada bonus dan kenaikan gaji, tiada simpanan manual (bergantung 100% pada caruman untuk persaraan) dan KWSP membayar 5.50% setahun.

KWSP
Sumber Gambar: The Futurizts

“Bagaimana jika anda menyimpan 10% daripada gaji anda setiap bulan? Purata gaji yang diperlukan turun 30-50%.

“Ini mengandaikan bahawa anda melaburkan jumlah tersebut ke dalam KWSP (5.50% setahun).

KWSP
Sumber Gambar: The Futurizts

“Dua carta di atas menunjukkan purata gaji yang diperlukan dalam tempoh 20-30 tahun. Jangan terlalu risau jika gaji semasa anda tidak berada pada julat itu.

“Ingat, anda juga akan menerima bonus, yang akan membantu anda meningkatkan sumbangan anda untuk mencecah RM1.3 juta,” tulis The Futurizts.