Bekas pemain bintang Al-Hilal, Neymar dilaporkan menerima gaji yang jauh lebih rendah selepas meninggalkan kelab Arab Saudi itu dan kembali beraksi bersama Santos.
Al-Hilal telah menamatkan kontrak Neymar selepas dia hanya membuat tiga penampilan dalam saingan Liga Pro. Pemain itu baru sahaja pulih dari kecederaan ACL.

Baca Juga:
- Ditamatkan Kontrak, Neymar Terima Pampasan Lebih 30 Juta
- Neymar Jadi Pemain Buangan Di Arab Saudi
- ‘Mustahil’ – Pendapat Javier Mascherano Mengenai Neymar
Kontrak Mewah Neymar Ketika Menyertai Al-Hilal
Pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun bernilai £260 juta apabila dia tiba di Arab Saudi 18 bulan lalu. Neymar memperoleh £2.5 juta seminggu selepas menjadi salah satu bintang paling berprofil tinggi untuk meninggalkan Eropah demi meraih kekayaan di Timur Tengah.
Dia mengaut £193.8 juta, satu jumlah yang dianggap luar biasa semasa beraksi di negara Timur Tengah itu.
Selepas ditamatkan kontrak bersama Al-Hilal, bekas pemain Barcelona itu akan kembali ke pangkuan Santos, kelab yang membesarkan namanya ketika awal karier dalam bola sepak profesional.
Berapa Gaji Baharu Neymar?
Menurut laporan, Santos membayar pemain itu sebanyak £32,500. Ia adalah potongan gaji 99 peratus daripada gajinya di Arab Saudi. Bagaimanapun, pemain itu dilaporkan dia akan menuntut 90 peratus hak imejnya sebagai satu lagi sumber pendapatan.
Gaji purata dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ialah £60,000 seminggu. Bekas bintang Paris Saint-Germain itu akan berada di lebih separuh daripada jumlah itu dan ada beberapa pemain berprofil rendah dengan gaji yang lebih besar.
Sebagai contoh, di Manchester United, Tom Heaton dan Jonny Evans kedua-duanya menerima gaji mingguan yang labih tinggi. Penjaga gol pilihan ketiga Heaton memperoleh £45,000, manakala pemain pertahanan veteran Evans memperoleh £65,000.
Meskipun menerima gaji yang rendah, Neymar tidak perlu risau dimana beliau mendapat pampasan sebanyak $30 juta hingga $40 juta sebagai sebahagian daripada penamatan kontraknya.