Sejak awal tayangannya, peminat tertanya tanya tentang berapakah jumlah kutipan filem Keluang Man.

Ini kerana pihak produksi mereka benar benar agak berahsia tentang kutipan filem Keluang Man yang merupakan watak fiksyen adiwira legenda.

Dengan segala promosi dan gimik pemasaran yang dianggap sangat baik dibuat oleh Astro Shaw, serta ramai nama besar membintangi filem tersebut, peminat pastinya mengharapkan filem Keluang Man ini akan menjadi pecah panggung atau box office.

Namun begitu Keluang Man hanya mencatat kutipan RM2.4 juta selepas 18 hari tayangan menurut laporan daripada FINAS.

Malah filem Gayong hampir 2 kali ganda kutipan berbanding filem yang paling hype di media sosial itu.

Kutipan filem Keluang Man menghampakan

Jumlah kutipan filem  Keluang Man itu jauh daripada ‘pulang modal’. Memandangkan filem ini dilaporkan menelan kos sekitar RM13 juta menurut laporan Buzz Pop.

Ini Kutipan Filem Keluang Man Setakat Ini, Netizen Punyai Pendapat Yang Sama

Buzz Pop menulis: “Keluang Man flop? Hanya 141,243 rakyat Malaysia yang pergi menonton filem Keluang Man selama 18 hari ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, untuk mengutip Hhanya RM 2.4 juta di pasaran Box Office lokal.

“Untuk pengetahuan anda, dengan bajet filem Keluang Man sebanyak RM 13 juta, produksi Astro Shaw memerlukan pulangan lebih kurang RM 39 juta di Box Office untuk balik modal.”

Seterusnya Buzz Pop mempersoalkan strategi penayangan Keluang Man yang bertembung dengan filem animasi hits tahun ini Ejen Ali The Movie 2 mungkin salah satu puncanya.

“Adakah percaturan pihak Astro Shaw untuk melagakan filem Keluang Man bertanding dengan filem Ejen Ali The Movie 2 terbitan Primeworks Studios punca kegagalan ini?” – soal editor Buzz Pop.

Netizen setuju Keluang Man ‘ditelan’ Ejen Ali The Movie 2

Ada yang setuju bahawa pertembungan dengan filem Ejen Ali The Movie 2 antara yang memberikan kesan kepada kutipan hambar Keluang Man.

“Untuk penonton yang hanya menonton satu filem di panggung wayang dalam sebulan, sudah tentunya mereka akan memilih filem yang lebih baik,” tulis netizen.

1

Selain itu yang lain juga berpendapat mungkin Keluang Man harus melihat kembali pemilihan waktu cuti sekolah sebagai waktu tayangan filem itu kerana rata rata audien sasaran mereka adalah golongan dewasa.

Pada cuti sekolah sudah tentu ramai ibu bapa lebih akur dengan pilihan anak anak kecil mereka dan memilih Ejen Ali The Movie 2. Yang turut memberikan impak ke atas kutipan Filem Keluang Man.

2

Filem Ejen Ali The Movie 2 terus meroket dengan kutipan yang kini sedang menuju ke angka RM60 juta.  Menjadikannya filem animasi tempatan dan antarabangsa paling berjaya dalam sejarah tayangan di Malaysia. 

ejen ali eatm2

Bukan itu sahaja ada yang berpendapat Keluang Man adalah tipikal naskah sekali tengok sahaja dan berbeza dengan filem terbitan seperti Blood Brother, Sheriff dan Ejen Ali The Movie yang membuatkan ramai mahu mengulang tonton filem filem tersebut.