Teka teki siapa yang akan membawa watak utama sebagai Keluang Man versi live action akhirnya terjawab apabila Nas-T diumumkan sebagai orangnya.

Sebelum ini Astro Shaw mengumumkan bahawa syarikat penerbitan itu mencari bakat untuk filem Keluang Man yang akan ditayangkan pada 2025.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Majlis pengumuman dibuat dengan gaya ikonik di mana Nas-T membuka topeng Keluang Man untuk menunjukkan kepada umum siapa di sebalik topeng itu.

Sesi ujibakat bermula pada 28 Julai yang lalu sehingga 13 Ogos untuk fasa pertama. Dalam kenyataan rasminya, Astro Shaw mengalu alukan sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak untuk menggalas watak Keluang Man untuk menghantar video mereka.

Dipetik dari Astro Awani, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata:

“Dalam usaha menghasilkan karya berkualiti, Astro Shaw mengambil langkah untuk meneroka inisiatif ini dengan membuka peluang kepada para selebriti tanah air serta masyarakat umum di luar sana untuk mempamerkan bakat terpendam.

“Kami berharap pencarian ini dapat menampilkan bakat yang menepati kriteria watak adiwira itu.”

Akhirnya sebentar tadi, Nas-T telah diumumkan sebagai pemegang watak utama Keluang Man.

Filem tersebut adalah adaptasi daripada siri animasi popular pada era 90-an dahulu. Selain Nas-T, nama besar lain yang bakal membintangi filem itu termasuk Remy Ishak. dam Datuk Rosyam Noor serta ramai lagi.