Nama RizzQuesillo di Bukit Bintang kini semakin meniti di bibir penggemar makanan jalanan. Gerai tempatan yang menyajikan hidangan berinspirasikan pencuci mulut Amerika Latin ini bukan sahaja berjaya mencipta kelompok pengikutnya yang tersendiri, malah baru-baru ini mendapat pengiktirafan yang cukup unik daripada pelancong asing.
“Lebih sedap daripada alkohol!” — kenyataan berani ini bukanlah rekaan, sebaliknya ia adalah reaksi spontan dan jujur seorang pelancong asing yang benar-benar terpegun.

Menariknya, pelancong lelaki itu mendakwa inilah Quesillo tersedap yang pernah dirasai sepanjang duduk di Kuala Lumpur dan sedia datang berulang-kali untuk mendapatkannya.
Bukan satu, tetapi dua sekaligus dibelinya sewaktu video yang dirakam di samping memuji kesedapannya apabila diberikan tester.

Bahkan, dia turut mempromosikan gerai RizzQuesillo sebagai lokasi yang wajib didatangi jika berada di Kuala Lumpur.
Dari rupa quesillo yang gebu dan lembut serta dibasahi caramel dengan rata itu cukup membuatkan sesiapa sahaja terliur jika melalui kawasan itu.
Menyifatkan hidangan tersebut sebagai ‘lebih sedap daripada alkohol’, pujian melambung ini membuktikan bahawa kualiti makanan jalanan tempatan mampu bertaraf antarabangsa dan menjadi tarikan baharu pelancongan negara.
Dalam pada itu, warga tempatan turut memuji akan kehebatan anak muda ini kekal konsisten menawarkan produk yang berkualiti serta besar dalam masa sama melayani pelanggan dengan baik.
Sementara sebahagian lain pula berhasrat untuk datang merasai sendiri kesedapan Quesillo yang dijual oleh lelaki ini.
Boleh lihat video penuh dengan klik di sini.