Sudah menjadi perkara biasa buat pemandu untuk meninggalkan kereta secara double park apabila ruang parkir sudah penuh.
Namun, bukan semua orang cukup prihatin untuk meninggalkan nombor telefon supaya boleh dihubungi bagi memudahkan pemilik kereta yang dihalang untuk bergerak keluar.
Susulan itu, ada yang sanggup mengambil alternatif yang lebih ‘keras’ dalam menyelesaikan isu tersebut mungkin kerana ada kecemasan dan seumpamanya.
Baru-baru ini, seorang individu telah merakam babak kejadian di mana sebuah kenderaan yang telah menghalang laluan keluar keretanya dengan memarkir secara berganda yang dipercayai di berlaku di kawasan perumahan.
@ikhmalhakim947
Pada video tersebut, lelaki itu dilihat sedang geram dan memegang sebongkah batu dengan niat untuk memecahkan tingkap kereta terbabit.
Difahamkan dia mahu berbuat sedemikian kerana mahu menarik brek tangan lalu menolak kereta tersebut daripada menghalang keretanya. Namun, agak pelik juga kerana teknik itu mungkin berkesan jika dibuat pada transmisi manual dan bukannya pada automatik.
@ikhmalhakim947
Menerusi video seterusnya, dia dilihat berjaya memecahkan cermin kereta yang memarkir berganda di hadapan keretanya.
“Ini makan dia,” luahnya dengan nada puas hati selepas memecahkan cermin kereta berkenaan.
Hantaran video yang dikongsikan di TikTok itu ternyata meraih pelbagai reaksi netizen.
Sebahagian netizen meluahkan rasa puas hati dan bersetuju dengan tindakan ‘keras’ tersebut kerana wujud segelintir pemandu yang tidak mempunyai empati dengan sengaja menghalang kereta lain tanpa meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
“Puas hati aku.
“Ni jalan terbaik bro. Pengajaran untuk orang yang otak dekat lutu. Hidup susukan orang.
“Kasi ajar sikit….menyusahkan orang je,” demikian luahan beberapa netizen berkenaan tindakan tersebut.
Sementara yang lain pula merasakan tindakan vandalisme dengan memecahkan tingkap kereta orang lain dengan sengaja sudah melanggar etika dan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika si mangsa membuat laporan ke pihak berkuasa.
“Alamak ni dah kes polis.. fikir lah dulu sebelum buat tindakan.
“Sokong memang sokong tapi jenayah tetap jenayah di sisi undang-undang.
“Niat baik tapi perbuatan. tak pasal-pasal makan free dekat dalam (
penjara),” berikut komentar netizen yang menentang tindakan vandalisme yang dilakukan oleh individu terbabit.