Sebelum ini, ‘pesanan’ Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang melabel lelaki dayus apabila membenarkan doktor lelaki sambut anak mereka telah meraih perhatian ramai orang.
Bukan itu sahaja, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut memberikan pendapatnya akan hal itu dan ianya bukan dayus tetapi keadaan darurat untuk menyelamatkan dua nyawa iaitu ibu dan anak.
Baca Juga:
- Isu Label Suami ‘Dayus’ Benarkan Isteri Beranak Dengan Doktor Lelaki, Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
- Ustazah Dakwa Suami Dayus Biar Doktor Lelaki Sambut Bayi, Pegawai Kesihatan Tampil Respon Isu Ini
- Dakwa Suami Dayus Jika Biar Doktor Lelaki Sambut Bayi, ‘Pesanan’ Ustazah Ini Undang Respon Netizen
Susulan itu, Ustazah Siti Afifah telah kembali bersuara dan menyelar pendapat yang diberikan oleh UAI dalam satu video yang tular di TikTok.
@mhmn_vieu Replying to @s_yqjs ini apa yg dia Kata UAI tak faham bab hukum
Menurutnya, UAI tidak memahami hukum Allah SWT dan mempersoalkan diri UAI yang tidak pernah merasai pengalaman perit wanita ketika melahirkan anak serta menegaskan ianya adalah masalah wanita.
Ustazah Siti Afifah juga bertanya apa tindakan dan peranan yang akan diambil oleh UAI demi untuk mempertahankan maruah wanita yang didakwa tercalar kerana doktor lelaki sambut bayi.